Utusan Borneo (Sabah)

Penyambung­an Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas dapat kelulusan kerajaan negeri Melaka

-

MELAKA: Kerja-kerja penyambung­an Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas di Tanjung Kling di sini telah mendapat kelulusan kerajaan negeri Melaka pada Disember tahun lepas, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan.

Beliau berkata bagaimanap­un, kelulusan itu hanya melibatkan kebenaran bagi kerja-kerja pemanjanga­n jeti tersebut dengan jarak kira-kira 50 meter bagi fasa pertama projek menaik taraf jeti berkenaan dan lima cerucuk telah dipasang sebagai kajian projek itu pada Februari lepas.

Katanya, bagi fasa pertama projek itu, lebih 30 cerucuk akan dipasang bagi menyambung jeti sedia ada sepanjang 225 meter dari pelabuhan tersebut dan ia dijangka siap pada September nanti.

“Projek menaik taraf Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas melibatkan kerja-kerja pemanjanga­n keseluruha­n sejauh kira-kira 600 meter dan terbahagi kepada lima fasa yang dilaksanak­an secara berperingk­at dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026 sekiranya mematuhi Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Projek tersebut juga turut melibatkan kerja-kerja penambakan laut seba-nyak 12.14 hektar sebagai tempat menyimpan kabin dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan mesyuarat bersama

Tanjung Bruas Port Sdn Bhd, Kumpulan Melaka Berhad dan kumpulan nelayan di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Tanjung Bruas Port Sdn Bhd Mohamad Nizam Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Melaka Berhad Ir Khairulezu­an Harun dan Ketua Jaringan Pangkalan Nelayan Pantai Kundor dan Pantai Puteri Azmi Leman.

Bagaimanap­un, Nor Azman berkata pelaksanaa­n projek berkenaan dijangka memberi kesan negatif pada sektor perikanan negeri itu khususnya menjejaska­n pendapatan lebih 300 nelayan berlesen dan tidak berlesen di sepanjang perairan Pantai Kundor dan Klebang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Nor Azman (kiri) meninjau persekitar­an Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas di Tanjung Kling, Melaka pada sidang media semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Nor Azman (kiri) meninjau persekitar­an Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas di Tanjung Kling, Melaka pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia