Utusan Borneo (Sabah)

‘Hebat untuk keyakinan diri’ memenangi kejuaraan ke-10: Medvedev

-

Jaguh Rusia, Daniil Medvedev berkata ia adalah ‘hebat untuk keyakinan diri’ apabila memenangi kejuaraan yang ke-10 dalam kerjayanya, sehari selepas menggantik­an Rafael Nadal sebagai pemain ranking kedua dunia.

Pemain pilihan pertama kejohanan itu tidak menghadapi masalah untuk meraih kemenangan di sini, menewaskan pemain Perancis yang berada pada ranking ke-93 dunia, Pierre-Hugues Herbert 6-4, 6-7(4/7) dan 6-4 di final.

Pemain berusia 25 tahun itu melonjak ke ranking kedua ATP dunia semalam, di belakang Novak Djokovic.

Medvedev akan menjadi pemain pertama di luar ‘Empat Terbesar’ – Djokovic, Nadal, Roger Federer dan Andy Murray – untuk menduduki ranking nombor dua dunia sejak Lleyton Hewitt melakukann­ya pada Julai 2005.

“Saya berasa benar-benar gembira. Saya tahu bahawa saya akan menjadi pemain nombor dua dunia tidak kira apa yang berlaku pada Isnin,” kata Medvedev, naib juara Terbuka Australia bulan lepas setelah tewas kepada Djokovic.

“Ia sentiasa lebih bagus apabila anda menaiki tangga ranking dan ia bermakna anda melakukan sesuatu yang hebat.

“Saya tahu muncul juara di sini tidak akan memberikan saya mata untuk menjadi pemain ranking kedua tetapi ia adalah hebat untuk keyakinan diri sebelum sah menjadi pemain ranking kedua pada Isnin.”

Pada Ahad, Medvedev melakukan 13 pukulan servis kencang untuk menewaskan Herbert, yang mengejutka­n pilihan kedua dan juara dua kali kejohanan, Stefanos Tsitsipas di suku akhir.

Enam kejuaraan Medvedev dimenangi pada kejohanan di permukaan simen dalam dewan – dengan kejuaraan terbesar ialah di Final ATP di London tahun lepas.

“Saya benar-benar gembira untuk berada pada ranking ke-10 dunia. Ia memberikan saya kepada ranking dua angka yang saya impikan sejak kecil dan sekarang saya fikir saya sudah berada pada ranking yang lebih hebat tetapi saya akan terus bekerjaker­as untuk mendapatka­n lagi kejayaan yang lebih hebat.

“Saya benar-benar bermain dengan baik di permukaan simen, saya merasakan ia adalah permukaan yang sangat sesuai dengan permainan saya dan saya tahu bagaimana mencari jawapan pada perlawanan hari ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia