Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat swasta diminta lakukan CSR bantu pelajar kurang berkemampu­an

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Syarikat swasta diminta untuk menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menerusi pemberian gajet kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampu­an.

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berkata, pihaknya dalam misi menyampaik­an sebanyak 40 buah gajet daripada sumbangan peribadiny­a bersama tiga syarikat swasta di daerah ini.

“Syarikat swasta perlu memainkan peranan bersama-sama membantu golongan yang susah terutamany­a mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya ketika menyampaik­an lima buah gajet kepada pelajar di SMK Kalabakan, di sini semalam.

Terdahulu, sumbangan gajet itu akan disampaika­n di tujuh buah sekolah lagi di kawasan Parlimen Kalabakan, masing-masing lima pelajar setiap sekolah.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima rungutan daripada penduduk di sini berkaitan kesukaran menyediaka­n gajet untuk pembelajar­an anak-anak mereka.

“Saya maklum dengan aduan itu dan mengambil keputusan untuk melibatkan syarikat-syarikat swasta bersama-sama menyumbang sesuatu dalam menangani masalah itu.

“Syarikat berkenaan sudah memperoleh­i keuntungan yang banyak dan tidak salah pendapatan mereka dikongsi dengan golongan yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya, kolaborati­f bersama syarikat swasta ini akan terus dilaksanak­an sehingga semua pelajar yang tidak berkemampu­an dapat memperoleh­i gajet sendiri.

“Kita tidak tahu pembelajar­an secara bersemuka di sekolah tahun ini boleh diteruskan sehingga bila, sekiranya pandemik kembali meledak maka pelajar akan mengikuti sesi pembelajar­an secara maya semula.

“Oleh itu, kita akan berusaha dengan cara apa sekalipun untuk memberikan kemudahan kepada pelajar agar mereka tidak ketinggala­n sesi pembelajar­an pada masa akan datang,” katanya.

Seorang pelajar, Amisyah Ahmad, 17, berkata, dengan pemberian gajet ini membolehka­nnya untuk fokus belajar tanpa perlu menggunaka­n telefon bapanya lagi.

“Saya sangat bersyukur kerana menjadi salah seorang yang terpilih menerima sumbangan ini kerana sememangny­a sangat memerlukan untuk melancarka­n pembelajar­an dalam talian.

“Sebelum ini, saya terpaksa berkongsi gajet bersama enam orang lagi adik-beradik yang lain dan ada kalanya terpaksa lambat menghantar kerja sekolah yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, bagi Mohd Raziman Asmadin, 17, berkata, pemberian gajet ini banyak membantu dirinya dalam menjalani pembelajar­an secara dalam talian.

“Pandemik COVID-19 ini sangat menyukarka­n kerana terpaksa belajar dalam talian, ditambah lagi dengan ketiadaan kemudahan gajet untuk akses pembelajar­an.

“Oleh itu, sumbangan yang diberikan ini memberikan kelegaan kerana saya tidak mempunyai halangan lagi dalam mengikuti pembelajar­an dalam talian dan mencari sumber maklumat daripada Internet,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Ma’mun menyampaik­an sumbangan gajet kepada lima pelajar di SMK Kalabakan.
SUMBANGAN: Ma’mun menyampaik­an sumbangan gajet kepada lima pelajar di SMK Kalabakan.
 ??  ?? RAZIMAN
RAZIMAN
 ??  ?? AMISYAH
AMISYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia