Utusan Borneo (Sabah)

PKP Nabawan dilanjut sehingga 30 Mac

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Nabawan yang dijadualka­n tamat pada 16 Mac dilanjutka­n sehingga 30 Mac 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, lanjutan tempoh itu selaras dengan keputusan kerajaan Persekutua­n.

“Sehingga kini, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanak­an 3,079 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 279 kes telah direkodkan.

“Bagaimanap­un, KMM mengesahka­n masih terdapat baki 872 sampel saringan yang belum mendapat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Sementara itu katanya, jumlah kes positif baharu COVID19 pada 15 Mac 2021 adalah sebanyak 29 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 53,932 kes.

Katanya, daripada 29 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 14 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima kes saringan bergejala, sembilan kes saringan kluster sedia ada serta satu kes dari lain-lain kategori.

“Jumlah pesakit COVID19 yang sembuh ialah 126 menjadikan jumlah kumulatif 52,995 orang. Seramai 447 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 177 orang di hospital dan 269 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara satu orang.

“Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi pula ialah 21 orang dan lima orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak tujuh kompaun dikeluarka­n Polis Kontinjen Sabah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Katanya, kesemua mereka yang dikompaun itu disebabkan gagal menyediaka­n peralatan atau merekod butiran diri pelanggan dan tidak memakai pelitup muka. Mereka dikenakan kompaun di Kinarut (1), Luyang (3) dan Sandakan (3).

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia