Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan tunai pelajar keluarga B40

Kerajaan anggar 5,000 pelajar akan menerima bantuan disediakan, kata Arifin

-

PAPAR: Program bantuan yang dilaksanak­an kerajaan negeri sehingga penghujung tahun ini meringanka­n beban pelajar dari keluarga B40.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program-program berkenaan dijangka bakal meringanka­n beban ekonomi kepada keluarga yang berpendapa­tan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

“Melalui program Bantuan Tunai Pendaftara­n Institusi Pengajian Tinggi (BUDI), RM2,000 akan diberikan kepada pelajarpel­ajar yang telah mendaftar dan diterima masuk ke universiti awam dan swasta untuk mengikuti pengajian sarjana muda tahun pertama.

“Permohonan program ini dibuka bermula April hingga Oktober dan kelayakan adalah berdasarka­n kriteria yang ditetapkan iaitu dari golongan B40 dan dianggarka­n 5,000 pelajar akan menerima bantuan ini,” katanya.

Jelasnya, pelajar yang akan menduduki peperiksaa­n SPM, STPM dan STAM pada hujung tahun ini turut menerima RM200 menerusi program Bantuan Khas Tunai Peperiksaa­n (BAKTI).

Selain itu, kerajaan negeri turut menyalurka­n Bantuan Khas Komputer (BAIK) kepada semua pelajar yang berasal dari Sabah.

“Bantuan ihsan komputer riba juga akan diberikan kepada pelajar kategori miskin tegar dan akan diagihkan setelah bekalan komputer diterima.

“Bantuan ini akan diberikan secara berfasa iaitu fasa pertama memperuntu­kkan 10,000 unit komputer riba dan akan agihkan kepada penerima yang telah dikenal pasti melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” katanya selepas menyampaik­an sumbangan RM5,000 bagi pengurusan dan aktiviti keagamaan kepada Lembaga Polis (LEDPOL) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Papar, pada Selasa.

Arifin ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Daerah

Papar, Kuala Penyu, Membakut dan Beaufort menyampaik­an sumbangan berjumlah RM220,000 kepada PPD, IPD, masjid serta pusat-pusat tahfiz.

Mengiringi lawatan berkenaan ialah Setiausaha Tetap menteri Tugas-Tugas Khas Sapdin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Norjeli Dais, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JHEAINS) Mohamad Sidik Awang Adi, MUIS serta agensi media. — Penerangan

 ??  ??
 ??  ?? REPLIKA CEK: Arifin (enam kanan) menyampaik­an replika cek kepada wakil IPD Kuala Penyu SM David Jomilong (lima dari kanan).
REPLIKA CEK: Arifin (enam kanan) menyampaik­an replika cek kepada wakil IPD Kuala Penyu SM David Jomilong (lima dari kanan).
 ??  ?? SANTUNI: Arifin (empat kiri) menyantuni murid-murid SAN Kg Binsulok, Membakut.
SANTUNI: Arifin (empat kiri) menyantuni murid-murid SAN Kg Binsulok, Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia