Utusan Borneo (Sabah)

Sistem pembayaran elaun JPKK diperbaiki

Usaha kerajaan menangani masalah tunggakan elaun JPKK sebelum ini, kata Jahid

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KIULU: Kerajaan negeri akan memperbaik­i sistem pembayaran elaun bagi pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, kementeria­nnya turut merangka takwim agar elaun JPKK dibayar pada tarikh yang sama dengan pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan ketua kampung.

Katanya, penambahba­ikan berkenaan adalah usaha untuk menyelesai­kan masalah tunggakan elaun JPKK sebagaiman­a yang pernah berlaku sebelum ini.

Menurutnya, isu itu juga sering menjadi keluhan JPKK berikutan elaun mereka yang tertunggak sehingga berbulan-bulan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaik­an watikah pelantikan kepada pengerusi JPKK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu di sini kelmarin.

Jahid yang juga Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, kementeria­nnya juga merangka untuk memberi kursus kepimpinan kepada semua badan JPKK terpilih di Sabah.

“Ini bagi memastikan sebanyak 2,853 badan JPKK di negeri ini dapat menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan dengan prihatin, adil, jujur, setia, dan mesra rakyat.

“Semua pemimpin JPKK perlu memberi perkhidmat­an yang terbaik di samping sentiasa berlaku adil kepada rakyat.

“Apabila kita berlaku adil, khidmat kita juga tidak akan ada sempadanny­a,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, lebih 49 peratus watikah pelantikan sudah disampaika­n kepada pengerusi JPKK di seluruh Sabah.

Sementara itu, ADUN Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata, sebagai pemimpin, pengerusi JPKK perlu bersedia untuk menerima segala kritikan dengan hati terbuka.

“Jangan lemah semangat dengan apa juga kritikan, sebaliknya kita bertindak balas dengan memberi khidmat yang terbaik,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 94 pengerusi JPKK DUN Kiulu menerima watikah pelantikan daripada Jahid.

 ??  ?? WATIKAH: Jahid (dua kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Pengerusi JPKK Kampung Lingga Ainny Danny (empat kanan). Turut kelihatan Joniston (kiri).
WATIKAH: Jahid (dua kiri) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Pengerusi JPKK Kampung Lingga Ainny Danny (empat kanan). Turut kelihatan Joniston (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia