Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan masjid, penjaja bersyukur

Keputusan kerajaan benarkan aktiviti Ramadan dan Aidilfitri melegakan umat Islam

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Bahang bulan Ramadan hampir terasa, sudah pasti rata-rata penduduk terutamany­a umat Islam menantikan pengumuman berkenaan prosedur operasi standard (SOP) yang akan digariskan oleh pihak berkuasa.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumka­n aktiviti bulan Ramadan seperti bazar dan solat tarawih di masjid dibenarkan seluruh negara dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Tinjauan Utusan Borneo terhadap pengurusan masjid dan penjaja makanan berhubung kebenaran itu, kesemua mereka menzahirka­n rasa syukur yang tidak terhingga setelah aktiviti bulan Ramadan tahun lalu tidak meriah tanpa tarawih di masjid dan bazar.

Pengerusi Masjid AlKhauthar Khalid Mohd Tahir berkata, pengumuman itu sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di negara ini.

“Dengan kebenaran yang diberikan itu, sudah pasti menjadi kelegaan kepada semua umat Islam di Malaysia kerana Ramadan kali ini lebih meriah berbanding tahun lalu.

“Namun, pihak pengurusan Masjid Al-Khauthar akan sentiasa mengetatka­n SOP kepada jemaah yang hadir supaya tidak berlaku kluster semasa menerima kunjungan orang ramai,” katanya.

Katanya, pihaknya masih menunggu SOP terbaharu daripada Pejabat Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) semasa pelaksanaa­n solat tarawih dan Aidilfitri itu nanti.

“Saya percaya seluruh rakyat di negara ini berdoa supaya rantaian pandemik COVID-19 dapat diputuskan dengan segera bagi membolehka­n kehidupan kita kembali normal,” katanya.

Khalid mengharapk­an keputusan itu tidak berubah supaya umat Islam dapat menikmati bulan Ramadan dengan sempurna dan aman.

“Seluruh rakyat di negara ini perlu bekerjasam­a mematuhi semua SOP agar wabak COVID-19 dapat dihentikan dan segeralah mendaftar sebagai penerima vaksin demi mengembali­kan kehidupan seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, penjaja makanan Herna Amir Dek, turut menzahir rasa syukur kerana ia dapat memberikan sinar harapan kepada semua golongan penjaja makanan.

“Pengumuman itu sememangny­a sangat ditunggutu­nggu dan akhirnya doa setiap penjaja termakbul untuk berniaga pada bulan Ramadan tahun ini.

“Kami sanggup mematuhi semua SOP yang digariskan oleh pihak kerajaan asalkan bazar Ramadan dapat dibuka kerana ia dapat memberikan pendapatan kepada golongan penjaja makanan,” katanya.

Menurutnya, Ramadan tahun lalu cukup memberikan cabaran buat semua penjaja makanan kerana kebiasaany­a bulan itu memberikan pendapatan yang lumayan buat mereka.

“Namun, ia tidak mematahkan semangat kami kerana masih boleh menjalanka­n urusan menjual melalui talian dan meletakkan produk di vendor di sekitar daerah ini seperti ‘Ibu Shima’ dan ‘Semanis Rasa’.

“Dengan kebenaran bazar Ramadan tahun ini, saya sudah merancang untuk menjual air balang coklat, kuih-muih, buras dan aneka lauk,” katanya.

 ??  ?? JUALAN: Antara air balang yang akan dijual di bazar Ramadan akan datang.
JUALAN: Antara air balang yang akan dijual di bazar Ramadan akan datang.
 ??  ?? KHALID
KHALID
 ??  ?? HERNA
HERNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia