Utusan Borneo (Sabah)

SABAH SEDIA BELI VAKSIN SENDIRI

Jika bekalan vaksin disediakan kerajaan Persekutua­n tidak mencukupi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersedia membeli vaksin untuk rakyat Sabah sekiranya bekalan vaksin yang disediakan kerajaan Persekutua­n tidak mencukupi untuk negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, pihaknya sedar kerajaan Persekutua­n sentiasa mahukan yang terbaik dalam membekalka­n vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri yakin bekalan vaksin untuk seluruh rakyat Sabah mencukupi.

Beliau juga menyeru agar lebih ramai rakyat negeri ini mendaftar melalui aplikasi MySejahter­a untuk pengambila­n vaksin.

“Ini bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 dan saya yakin ramai dalam kalangan rakyat Sabah dalam proses untuk mendaftar pengambila­n vaksin.

“Maklumlah Sabah negeri yang besar dan bekalan vaksin belum lagi diperoleh secara menyeluruh,” katanya.

Hajiji berkata demikian kepada media selepas menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Lok Urai Pulau Gaya di sini semalam.

Menurutnya, setiap ketua isi rumah menerima sumbangan bakul makanan dan wang berjumlah RM500.

Katanya, sebagai kerajaan yang prihatin, pihaknya tidak akan membiarkan rakyat yang terlibat dalam bencana seperti mangsamang­sa kebakaran terbabit.

“Kita hulurkan bantuan mana yang sepatutnya untuk ringankan bebanan tanggungan mangsa-mangsa kebakaran yang terlibat.

“Kerajaan juga akan mencari jalan untuk membantu mangsa yang terlibat supaya mereka dapat tinggal seperti biasa di rumah dengan keluarga masing-masing.

“Kita akan lihat dan kaji keadaan kawasan penempatan untuk mangsa kebakaran ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 65 ketua isi rumah menerima sumbangan bakul makanan dan wang tunai.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong dan Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya.

Kejadian kebakaran di Kampung Lok Urai Pulau Gaya itu berlaku pada 11 Mac lepas membabitka­n 65 rumah.

Seramai 79 mangsa ditempatka­n di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu 58 orang di Dewan Serbaguna Sembulan dan 21 orang lagi di Dewan Serbaguna Kampung Likas.

Kesemua mangsa terdiri daripada 17 keluarga termasuk 13 warganegar­a,

manakala empat keluarga bukan warganegar­a melibatkan lima lelaki dan 11 perempuan.

Jumlah mangsa yang tidak berpindah ke PPS adalah seramai 295 orang melibatkan sebanyak 46 keluarga adalah warganegar­a dan sebuah keluarga bukan warganegar­a.

 ??  ?? SUMBANGAN: Hajiji (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran sambil diperhatik­an Safar (kanan) dan Shahelmey (dua kanan).
SUMBANGAN: Hajiji (dua kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran sambil diperhatik­an Safar (kanan) dan Shahelmey (dua kanan).
 ??  ?? MESRA: Penerima bantuan turut disapa mesra oleh Hajiji selepas penyampaia­n bantuan berkenaan.
MESRA: Penerima bantuan turut disapa mesra oleh Hajiji selepas penyampaia­n bantuan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia