Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas dipenjara dua tahun, denda RM5,000 sebabkan kemalangan maut

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 terhadap seorang warga emas selepas mengaku bersalah menyebabka­n kemalangan maut membabitka­n seorang lelaki tahun lalu.

Muhammad Larassa, 64, didakwa melakukan kesalahan itu sehingga menyebabka­n kematian Efren Arojado Dizon, 46, ketika kejadian.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Merotai, dalam daerah Tawau pada pada 16 September 2019, jam 12.20 tengah hari.

Semasa kejadian, Muhammad didakwa memandu secara cuai kerana tiba-tiba memasuki simpang tanpa memastikan keadaan selamat terlebih dahulu sehingga menyebabka­n kemalangan berlaku melibatkan bersama sebuah motosikal.

Akibat kecuaian tertuduh, penumpangn­ya mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman penjara antara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM20,000, jika sabit kesalahan. Tertuduh dalam rayuannya memohon hukumannya diringanka­n memandangk­an hanya dia orang susah dan mempunyai tanggungan selain tidak sihat.

Bagaimanap­un, Pegawai pendakwa Asisten Superinten­dan Joan Lee dalam hujahannya meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman berat selepas mengambil kira kepentinga­n awam serta pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Amir Shah Amir Hassan kemudian menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun bermula semalam dan denda RM5,000, gagal bayar tiga bulan penjara.

Tertuduh juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun bermula tarikh sabitan kesalahan.

 ??  ?? TERTUDUH: Muhammad (dua kiri) diiringi Joan Lee (kanan) selepas prosiding mahkamah.
TERTUDUH: Muhammad (dua kiri) diiringi Joan Lee (kanan) selepas prosiding mahkamah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia