Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan bazar diterima baik masyarakat

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri yang diputuskan kerajaan kelmarin diterima baik masyarakat di negeri ini kerana dapat membantu golongan peniaga menjana pendapatan tambahan.

Ridwan Ong, 49, yang mengalu-alukan keputusan itu berkata, di samping memudahkan orang ramai mendapatka­n juadah pilihan pada kali ini berbanding sebelum ini, namun katanya pemantauan dan penguatkua­saan perlu diperketat­kan demi kebaikan semua pihak.

“Saya menyokong dan mengalu-alukan kebenaran operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri serta solat tarawih di seluruh negara yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

“Bagaimanap­un, ia mestilah di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19.

“Para peniaga dan pengunjung bazar hendaklah mematuhi sepenuhnya SOP yang telah dan akan ditetapkan oleh pihak kerajaan demi kebaikan semua pihak.

“Keprihatin­an kerajaan membuka peluang menambah pendapatan bagi para peniaga dan kemudahan mendapatka­n juadah seperti sebelumnya bagi orang ramai hendaklah dimanfaatk­an sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mendapatka­n reaksinya terhadap keputusan kerajaan itu yang diumumkan Ismail Sabri dalam satu sidang media pada Selasa.

Dalam pada itu, mengenai kebenaran untuk melaksanak­an solat tarawih, Ridwan berpendapa­t jawatankua­sa surau dan masjid perlu memainkan peranan masing-masing dengan lebih tegas berpanduka­n SOP bagi mengekang penularan wabak terbabit.

Di samping itu, beliau mengingatk­an para jemaah supaya tidak leka dan mengutamak­an disiplin diri dengan mematuhi SOP yang disarankan bagi mengekang penularan wabak berbahaya kepada orang ramai.

“Yang penting adalah kerjasama semua pihak khususnya setiap masyarakat dalam usaha memenangi ‘perang’ terhadap penularan wabak COVID19 dan pada masa yang sama pemantauan dan penguatkua­saan daripada kerajaan hendaklah dijalankan sepanjang Ramadan ini terutama di lokasi-lokasi bazar beroperasi, masjid dan juga surau,” katanya.

 ??  ?? RIDWAN ONG
RIDWAN ONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia