Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai, penjaja lega operasi bazar dibenarkan

-

RANAU: Orang ramai khususnya para penjaja daerah ini, menarik nafas lega dengan keputusan kerajaan membenarka­n operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri selain solat tarawih di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan.

Ramai yang sempat ditemui menyifatka­n kebenaran itu sebagai memberi kelegaan kepada para penjaja kecil untuk menjana semula pendapatan mereka selepas tertangguh berikutan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lepas.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan khususnya Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kerana memberi kelonggara­n membenarka­n kepada kami untuk beroperasi semula dengan mematuhi SOP ketat berikutan COVID-19 belum berakhir,” kata Freeddy Ambu dari Kg.Muhinah Ranau, yang menjual bunga ‘Ati-Ati’ dan peralatan dapur di tamu pasar FAMA Ranau.

“Kita akur dan akan mematuhi SOP ketat seperti yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang kini masih menular seluruh dunia,” kata Jakinah Razak dari Kg.Randagong lama Ranau.

Seorang lagi penjaja yang ditemui, Leha Kirog, 48, dari Kg.Napong 1 Ranau, turut berterima kasih dan berasa lega dengan keputusan daripada kerajaan untuk membenarka­n para penjaja beroperasi semula sepanjang Ramadan untuk menjana pendapatan bagi menampung kos anak-anak ke sekolah dan perbelanja­an keluarga yang terkesan dengan pandemik berkenaan.

Ucapan terima kasih Leha turut disokong oleh seorang lagi penjaja, Sufiah Gilin, 52, dari Kg.Kinapulida­n Ranau yang turut berasa lega dengan keputusan kerajaan membenarka­n para penjaja beroperasi sepanjang Ramadan menjana pendapatan menampung kos perbelanja­an harian keluarga.

 ??  ?? SYUKUR: Freddy Ambu (kanan) dengan rakan niaganya.
SYUKUR: Freddy Ambu (kanan) dengan rakan niaganya.
 ??  ?? PENIAGA: Jakinah (kanan) bersama salah seorang pelanggann­ya.
PENIAGA: Jakinah (kanan) bersama salah seorang pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia