Utusan Borneo (Sabah)

Bazar, solat tarawih peluang buktikan disiplin lawan COVID-19

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Kebenaran bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih beroperasi semula tahun ini harus dijadikan peluang bagi membuktika­n masyarakat ada disiplin tinggi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi COVID-19.

“Pembukaan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri tentunya sesuatu yang sangat dinanti-nantikan masyarakat terutama selepas tidak dibenarkan tahun lalu.

“Bukan hanya kaum Muslim merinduiny­a tetapi juga segenap lapisan masyarakat sebagaiman­a yang kita dapat saksikan pada bazar-bazar sebelum ini,” kata Penyelaras Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam Emalia Rabin ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, solat tarawih berjemaah juga sangat dirindui umat Islam.

“Oleh itu, sambutlah semua kebenaran itu dengan disiplin tinggi mengamalka­n pematuhan SOP. Kita tidak mahu kebenaran ini dirosakkan oleh kegagalan kita mematuhi SOP sehingga menyebabka­n ia menjadi punca penularan COVID-19 pula,” katanya.

Pendapat Emalia itu turut dikongsi Yang Dipertua PIBG SMK Pekan Kota Belud Junainah Baharudin.

“Kita harus berterima kasih kepada kerajaan kerana kebenaran ini. Kita tahu bahawa pembukaan bazar juga adalah antara medan yang boleh menjana pendapatan rakyat.

“Kebenaran membuka bazar dan solat tarawih ini adalah sesuatu yang menggembir­akan dan kita mahu ia kekal begitu kerana ia boleh dinikmati dengan pematuhan SOP,” katanya.

Menurutnya, kelancaran operasi bazar dan solat tarawih nanti juga adalah petanda baik dalam usaha membebaska­n negara daripada COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob malam kelmarin mengumumka­n bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih dibenarkan beroperasi tahun ini mengikut SOP ketat yang perlu dipatuhi oleh setiap mereka yang terlibat.

Ismail berkata, SOP lanjut mengenai pengoperas­ian bazar berkenaan akan dibentangk­an pihak berkuasa tempatan negeri masing-masing yang menguruska­n soal lokasi dan jumlah peniaga.

Antara yang perlu dipatuhi peniaga dan pengunjung, syaratnya adalah lokasi bazar mesti terbuka; mempunyai laluan masuk dan keluar berbeza; menyediaka­n ruang pendaftara­n MySejahter­a dan kawalan jumlah pengunjung.

Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Mengenai solat tarawih katanya, ia tertakluk kepada keputusan majlis agama dan kerajaan negeri masing-masing yang berkuasa terhadap hal ehwal agama Islam.

 ??  ?? JUNAINAH
JUNAINAH
 ??  ?? EMALIA
EMALIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia