Utusan Borneo (Sabah)

Jangan ambil mudah kelonggara­n pergerakan, wajib patuh SOP

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Masyarakat setempat disaran agar tidak mengambil mudah kelonggara­n pergerakan yang dibenarkan pihak kerajaan pada masa ini.

Sebagai salah seorang petugas barisan hadapan, Yussof Mohd Ali berkata, orang ramai terutama penduduk setempat seharusnya lebih peka dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk kebaikan bersama.

“Pada masa ini kita diberi kelonggara­n untuk menjalanka­n aktiviti harian terutama aktiviti yang dihadkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Kelonggara­n terbabit seharusnya dihargai oleh orang ramai dan sentiasa patuh terhadap SOP yang mampu menghentik­an penularan COVID-19 bagi memastikan semua pihak dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala sebelum berlakunya penularan,” katanya.

Menurutnya, salah satu yang disambut baik adalah kebenaran pembukaan bazar Ramadan yang tidak dibenarkan tahun lalu.

“Kebenaran ini memberikan kelebihan kepada semua pihak bukan sehaja kepada pengunjung yang tidak sempat merasai kemeriahan Ramadan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi ia juga menjadi sumber pendapatan kepada pihak peniaga yang terjejas sepanjang pandemik ini.

“Patuh SOP sepenuhnya dan jaga jarak jika mengunjung­i Bazar Ramadan berikutan kita tidak mahu wujudnya kluster yang berpunca daripada Bazar Ramadan seterusnya membolehka­n kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang,” katanya.

Sementara itu seorang pelajar Fazria Kung Ho @ John berkata, berikutan penurunan kes COVID-19 kini tiada halangan lagi untuk pembukaan premis termasuk seperti premis makanan dan perniagaan.

Beliau juga berpendapa­t agar SOP ditetapkan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh masyarakat baik daripada peniaga dan pelanggan.

“Pemilik atau pengurus premis harus memastikan pengurusan pelanggan atau pengunjung yang masuk ke premis diselia dengan betul.

“Orang awam pula perlulah mematuhi SOP sebelum, semasa dan selepas masuk ke dalam premis ini seperti mengimbas kod QR MySejahter­a, memeriksa suhu badan, memakai cecair pencuci tangan dan mengamalka­n penjarakan fizikal.

“Saya berharap agar orang awam masih mengambil serius COVID-19 walaupun penurunan kes semakin baik agar penularan semula wabak ini dapat dielakkan,” katanya.

 ??  ?? FAZRIA
FAZRIA
 ??  ?? YUSSOF
YUSSOF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia