Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan agenda pembanguna­n terlaksana: Bung

Pemimpin dan rakyat diminta teruskan momentum kerjasama, sokong kerajaan pimpinan GRS

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KENINGAU: Pemimpin dan rakyat di negeri ini disaran terus pertahanka­n momentum kerjasama bagi memastikan setiap perancanga­n kerajaan dapat dilaksanak­an sepenuhnya.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, rakyat perlu terus menyokong kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurutnya, sokongan rakyat seiring dengan usaha untuk memelihara kestabilan politik bagi memacu proses pembanguna­n, kemajuan dan kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Katanya, walaupun belum sampai setahun kerajaan GRS mengambil alih pemerintah­an negeri ini, pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan kerajaan untuk membantu rakyat di samping membangunk­an negeri ini.

“Kerajaan negeri turut membentang­kan Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021-2025, iaitu kerangka hala tuju dan strategi bagi terus memacu ekonomi negeri dan sosioekono­mi rakyat.

“Sebaik sahaja kerajaan GRS mengambil alih pemerintah­an sejak 29 September tahun lepas, kita berhadapan realiti dan kedudukan ekonomi yang amat mencabar.

“Justeru, kerajaan perlu bertindak segera untuk menangani penyusutan pertumbuha­n sektor serta subsektor tertentu,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam bersama GRS di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, ia bagi mengenal pasti sumber baharu untuk memperkuku­h serta meningkatk­an hasil negeri.

Dalam pada itu, Bung berkata, sekarang masanya bagi semua pihak bekerja keras membangunk­an negeri Sabah dengan mengetepik­an soal politik.

“Ekoran terlalu berpolitik, negeri ini amat jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n.

“Di peringkat Pusat, kita sudah mengadakan pilihan raya sebanyak 14 kali, di negeri Sarawak baharu 11 kali tapi kita di Sabah sudah 16 kali, masa dihabiskan untuk pilihan raya menyebabka­n kita hilang fokus untuk membangunk­an negeri,” jelasnya.

Pada masa sama katanya, kedudukan sosioekono­mi rakyat perlu diletakkan pada unjuran keutamaan melalui usaha yang menjurus kepada sasaran untuk meningkatk­an ekonomi rakyat.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan Persekutua­n meluluskan sejumlah RM600 juta bagi pembinaan jalan menghubung­kan Serudong di Kalabakan Tawau dengan Simanggari­s Kalimantan Indonesia yang akan membawa perubahan besar dalam memacu sektor ekonomi negeri.

“Justeru rakyat perlu bersedia merebut peluang yang ada terutamany­a dalam sektor pelanconga­n dengan menghasilk­an produk-produk yang boleh dipasarkan kepada pelancong terutamany­a dari Indonesia apabila projek lebuh raya ini siap dilaksanak­an,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik.

 ??  ?? KENANGAN: Bung (tiga kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa PAS Bahagian Keningau yang hadir pada majlis itu.
KENANGAN: Bung (tiga kanan) bersama Ahli Jawatankua­sa PAS Bahagian Keningau yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia