Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri beri kelegaan kepada peniaga

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Selasa mendapat reaksi positif daripada masyarakat di negeri ini.

Penjawat awam Mohammad Abdul Rahman, 36, berkata, kebenaran pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri dilihat sebagai satu langkah yang baik dari sudut memulihkan ekonomi rakyat.

Namun orang ramai diingatkan supaya tidak leka dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan memandangk­an negara ketika ini masih belum berjaya memerangi pandemik COVID-19 sepenuhnya.

Tambahnya, SOP sedia ada perlu diperketat­kan bagi memastikan orang ramai mematuhiny­a disamping mengelak daripada mewujudkan kluster-kluster baharu sehingga membantutk­an usaha kerajaan melandaika­n kes jangkitan COVID-19.

“Pengumuman kebenaran ini diyakini akan memberi kelegaan kepada peniaga kecil terutama golongan B40. Usaha ini sudah tentu akan membuka peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan sepanjang pembukaan bazar.

“Justeru masyarakat perlu memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP bagi memastikan tiada peningkata­n kes sepanjang pembukaan bazar. Jangan ambil mudah perkara-perkara yang boleh memudaratk­an kerana ianya dikhuatiri akan memberi kesan yang lebih buruk, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mengulas mengenai pengumuman kerajaan tentang bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini oleh Ismail Sabri dalam satu sidang media yang diadakan kelmarin.

Selain kebenaran pembukaan bazar Ramadan dan Aidilfitri, turut dibenarkan mengadakan solat tarawih di surau serta masjid yang diputuskan dalam mesyuarat jawatankua­sa daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Ismail Sabri, antara syarat-syarat penganjura­n bazar adalah lokasinya di kawasan terbuka, menyediaka­n laluan sehala pintu masuk dan keluar yang berbeza, pendaftara­n MySejahter­a dan kawalan jumlah pengunjung.

“Waktu operasi bazar Ramadan adalah daripada jam 3 petang hingga 8 malam dan operasi bazar Aidilfitri pula daripada 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Manakala SOP yang lain akan diumumkan kemudian. Bagaimanap­un dari sudut lokasi, jumlah gerai serta saiz tapak dan lain-laian akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Untuk solat tarawih ia dibenarkan, tapi tertakluk kepada SOP dan keputusan dari negeri masing-masing. Seperti kita tahu, apa sahaja aktiviti agama adalah di bawah kuasa negeri.

“Bukan sahaja solat tarawih, mungkin tadarus, ceramah agama atau tazkirah dan lainlain ditentukan oleh kerajaan negeri. Cuma kita di peringkat jawatankua­sa bersetuju pada dasarnya untuk benarkan,” katanya lagi.

 ??  ?? MOHAMMAD
MOHAMMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia