Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran bazar beroperasi dapat pelbagai reaksi

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Pengumuman kerajaan yang membenarka­n Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri beroperasi di seluruh negara pada tahun ini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat setempat.

Rata-rata mereka yang ditemui menyambut baik pengumuman itu, namun ada juga yang masih khuatir sama ada tindakan terbabit boleh meningkatk­an penularan wabak COVID-19 kembali.

Bagi Rahim Kajai, pembukaan semula operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri sememangny­a memberi suntikan semangat khususnya untuk golongan peniaga.

Katanya, tidak dinafikan ramai orang yang menjadikan bulan Ramadan dan Syawal sebagai lubuk untuk mencari rezeki, tidak kira sama ada berniaga di premis ataupun dari rumah mahupun secara dalam talian.

“Saya ada beberapa orang kawan yang memang memberi fokus kepada perniagaan dalam bulan puasa dan raya sahaja. Apabila bazar ditutup tahun lalu, ramai yang mengalami kerugian sebab mereka sudah mengambil stok barangan dalam kuantiti yang besar.

“Dengan kebenaran bagi bazar untuk beroperasi semula, saya pasti ramai peniaga yang menjadikan tahun ini sebagai masa yang sesuai untuk bangkit semula dalam memulihkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Rozieanah Nasrun berpendapa­t mungkin belum masanya untuk kerajaan membenarka­n operasi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dibuka semula memandangk­an bilangan kes COVID-19 masih kekal empat digit ketika ini.

Bagaimanap­un, beliau akur dengan tindakan kerajaan dan berharap orang ramai termasuk peniaga dan pengunjung akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita dapat lihat kerajaan telah membenarka­n pelbagai sektor ekonomi untuk dibuka semula secara berperingk­atperingka­t. Ini termasuk pasar malam dan pasar tani yang konsepnya sama seperti bazar.

“Oleh itu, peluang yang diberikan ini perlu dimanfaatk­an sepenuhnya. Saya percaya pihak kerajaan pasti akan mengemukak­an SOP yang ketat.

“Dalam masa yang sama, peniaga dan pengunjung juga perlu mempunyai kesedaran sendiri. Kita tidak mahu wujud pula kluster bazar selepas ini hanya kerana SOP diabaikan ketika sedang berbelanja,” jelasnya.

 ??  ?? RAHIM
RAHIM
 ??  ?? ROZIEANAH
ROZIEANAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia