Utusan Borneo (Sabah)

‘Xiananyang’ menangi Anugerah Emas pada MUSE Creative Awards 2020

-

KUCHING: Sarawak Eye Creative Agency menerusi ‘Xiananyang’ memenangi Anugerah Emas pada pertanding­an MUSE Creative Awards 2020 yang telah diadakan Persatuan Anugerah Antarabang­sa Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ia merupakan siri daripada majalah berbahasa Cina mengenai sejarah orang Cina di Sarawak.

‘Xiananyang’ adalah warisan Sarawak yang sangat berharga bagi negara. Ini bukan hanya sekadar jenama penduduk tempatan yang mempamerka­n kualiti yang luar biasa, ia juga merupakan usaha terhormat untuk melestarik­an budaya dengan merakam sejarah autentik dan berharga dari Sarawak yang berbilang kaum.

“Kami bangga melihat warga muda Sarawak bertanding di peringkat antarabang­sa dan berjaya dalam platform antarabang­sa.

“Tambah menarik mewakili negara Malaysia dan memenangi Anugerah Emas di MUSE Creative 2020,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu Pelancong Sarawak di sini kelmarin.

Sarawak telah berjaya mengalahka­n 4,618 penyertaan daripada 57 negara yang menyertai.

Jelas beliau lagi, terdapat ramai orang berbakat di Sarawak yang turut cemerlang dalam bidang seni.

Penganuger­ahan tersebut adalah sebagai penghormat­an kepada Sarawak dengan memenangi anugerah tersebut.

Abdul Karim juga menekankan bahawa ‘Xiananyang’ merupakan warisan Sarawak yang sangat berharga bagi negara.

“Ini bukan hanya sekadar jenama penduduk tempatan yang mempamerka­n kualiti luar biasa, ia juga merupakan usaha yang dihormati dalam melestarik­an budaya merakam sejarah autentik dan berharga Sarawak yang berbilang kaum,” ujarnya.

Ketua Pengarang Sarawak Eye Creative Agency Carmen Toh berkata, ‘Xiananyang’ pernah menggondol Anugerah Ketua Menteri pada Kenyalang Journalism Award 2020 dan kini Gold Award di Anugerah Kreatif MUSE Antarabang­sa 2020.

“Ini paling memotivasi­kan pasukan kami, ini juga bukti kepentinga­n pemelihara­an budaya.

“Karya-karya kami tidak hanya dilihat oleh dunia tetapi juga diakui secara rasmi di platform antarabang­sa. Ini adalah perkara yang tidak pernah kami bayangkan,” katanya.

Dengan latar belakang kewartawan­an dan pengasas Sarawak Eye Creative Agency, Carmen dan pasukannya tanpa henti memberikan maklumat dan berita percuma kepada para pembaca dalam talian, khususnya di Facebook sejak 2014.

Selepas tujuh tahun kemudian iaitu semalam, halaman berkenaan telah menarik 250,000 pengikut dalam talian.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Karim (tengah) memegang Anugerah Emas yang dimenangi Sarawak Eye Creative Agency, menerusi ‘Xiananyang’ pada pertanding­an MUSE Creative Awards 2020. Turut kelihatan Carmen (tiga kiri) dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting (kanan).
MEMBANGGAK­AN: Karim (tengah) memegang Anugerah Emas yang dimenangi Sarawak Eye Creative Agency, menerusi ‘Xiananyang’ pada pertanding­an MUSE Creative Awards 2020. Turut kelihatan Carmen (tiga kiri) dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia