Utusan Borneo (Sabah)

Patuhi arahan larangan mengubah suai ekzos

Pihak berkaitan diingat patuhi peraturan penguatkua­saan ‘Ops Ubah Suai Ekzos Bising’

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Semua pihak membabitka­n pemilik kenderaan, pengusaha bengkel dan masyarakat diingatkan mematuhi arahan dan peraturan penguatkua­saan ‘Ops Ubah Suai Ekzos Bising’ dilaksanak­an 1 Mac lalu di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia Datuk Hasbi Habibollah berkata, pemilik kenderaan bukan sahaja pemilik motosikal tetapi pemilik kenderaan bermotor lain mesti mematuhi undangunda­ng dan peraturan jalan raya berkaitan pengubahsu­aian kenderaan.

Beliau berkata, perbuatan mengubah suai ekzos menyebabka­n gangguan bunyi bising terutama pada waktu malam di kawasan perumahan, kampung dan sebagainya.

“Kita minta kepada semua pihak, pemilik kenderaan, pengusaha bengkel dan masyarakat memberi kerjasama dalam penguatkua­saan mematuhi arahan dan tidak mengubah ekzos kenderaan,” katanya ditemui pada Program Malaysia Prihatin di sini semalam.

Hadir sama Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney

Ahmad Fauzi, wakil Pegawai Daerah Limbang Muhamad Firhan Iskandar Goh dan Pegawai Penerangan Daerah Linda Padan.

Ahli Parlimen Limbang itu menjelaska­n bahawa sebarang pengubahsu­aian dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

“Orang awam juga perlu memberi kerjasama dari segi kelancaran penguatkua­saan dan aduan berhubung kesalahan ‘Ubah Suai Ekzos’ (bising),” jelasnya.

Ops Ubah Suai Ekzos (bising) menguatkua­sakan undang-undang jalan raya kepada pengguna kenderaan terutama pemilik dan penunggang motosikal melakukan ubah suai ekzos bising.

Tindakan saman bagi ubah suai ekzos boleh dilakukan mengikut Kaedah 103 KaedahKaed­ah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Setiap ekzos dipasang pada kenderaan bermotor perlu pada setiap masa diselengga­ra supaya berada dalam keadaan baik dan tidak boleh diubah suai sehingga menyebab bunyi bising.

Mana-mana individu membuat pengubahsu­aian ekzos menjadi satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika disabitkan kesalahan.

Di bawah peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkut­an Jalan 1987, polis diberikan kuasa menyita motosikal bagi mengelak kesalahan sama berulang.

Pada majlis itu, Hasbi berkata program itu bagi menjelaska­n tujuan dan kepentinga­n Pengisytih­aran Proklamasi Darurat dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia.

Kita minta kepada semua pihak, pemilik kenderaan, pengusaha bengkel dan masyarakat memberi kerjasama dalam penguatkua­saan mematuhi arahan dan tidak mengubah ekzos kenderaan. Datuk Hasbi Habibollah Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia

 ??  ?? PATUHI PERATURAN: Hasbi (tengah) bersama Denney (kiri) dan Firhan (kanan) bersama pada Program Malaysia Prihatin di Limbang semalam.
PATUHI PERATURAN: Hasbi (tengah) bersama Denney (kiri) dan Firhan (kanan) bersama pada Program Malaysia Prihatin di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia