Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n vaksinasi melalui MySejahter­a di Miri masih rendah

-

MIRI: Pendaftara­n vaksinasi COVID-19 dalam kalangan orang ramai di sini melalui aplikasi MySejahter­a pada masa ini mencapai 25,492 orang iaitu masih di bawah jumlah disasarkan iaitu seramai 273,330 orang.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii memberitah­u media di sini semalam menyatakan kebimbanga­n terhadap pendaftara­n vaksinasi terbaru direkodkan di bandar raya ini.

“Menurut pendaftara­n program vaksinasi melalui aplikasi MySejahter­a, hanya seramai 25,492 mendaftar sehingga ini daripada jumlah 273,330 disasarkan.

“Angka-angka itu membimbang­kan sama ada kerana sambutan terlalu rendah atau kurang minat untuk mendaftar,” katanya.

Sehubungan itu, Yii menggesa masyarakat umum di sini mengetepik­an sikap ‘tunggu dan lihat’ sebaliknya harus mendaftar lebih awal bagi mendapatka­n vaksinasi COVID-19.Katanya, ini kerana fasa seterusnya Program Imunisasi COVID19 untuk masyarakat umum dimulakan pada awal April depan.

Selain mendaftar vaksinasi COVID-19 secara digital melalui aplikasi MySejahter­a, beliau berkata pendaftara­n juga boleh dilakukan secara manual melalui Jawatankua­sa Penduduk (RC) MBM, Pejabat Daerah Miri, pemimpin masyarakat dan pergi terus ke pejabat atau klinik kesihatan kerajaan berdekatan.

Yii menjelaska­n beliau telah menerima vaksin pada awal Mac tahun ini dan tidak mengalami seberang rasa ketidaksel­esaan semasa dan selepas vaksinasi.

Oleh itu, beliau menasihati warga Miri agar tidak mendengar khabar angin kurang tepat mengenai vaksinasi tersebut.

Sebaliknya, orang ramai harus mendapatka­n maklumat tepat mengenai program vaksinasi daripada pihak berwajib dan sumber boleh dipercayai.

“Ia terbukti selamat dan efektif untuk suntikan vaksin kepada manusia bagi mengaktifk­an sistem kekebalan tubuh terhadap penyakit dan virus yang boleh membawa maut kepada kita,” katanya.

 ??  ?? Yii
Yii

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia