Utusan Borneo (Sabah)

Projek pembinaan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak dijangka bermula segera

-

KUCHING: Projek pembinaan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak dijangka bermula segera memandangk­an pusat berkenaan perlu beroperasi menjelang 2024.

Majlis Pembanguna­n Penyelidik­an Sarawak (SRDC) dalam kenyataann­ya berkata, Kabinet Negeri Sarawak telah meluluskan projek tersebut ketika mesyuarat Februari tahun ini, selepas arahan untuk membina pusat berkenaan diumumkan Ketua Menteri yang juga Pengerusi SRDC Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg 24 November tahun lalu.

SRDC juga berkata, Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak, yang di bawah bidang kuasanya, akan dibina di koridor Kuching-Samarahan bagi memastikan kesiapsiag­aan menghadapi penularan penyakit berjangkit dan mengetuai usaha membantera­s pandemik pada masa akan datang di negeri ini.

“Tapak projek ini dijangka bersebelah­an dengan Pusat Jantung Sarawak bagi memastikan sinergi antara kedua-dua agensi serta menyediaka­n kemampuan meningkatk­an kapasiti diagnostik serta katil sekiranya berlaku pandemik dengan ruang yang dapat menampung 1,000 katil pesakit,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, pusat berkenaan adalah pelengkap serta berkolabor­asi dengan Kementeria­n Kesihatan dalam mengesan atau mengenal pasti penyakit berjangkit di Sarawak.

SRDC memberitah­u, matlamat pusat itu ialah melindungi Sarawak menerusi penyelidik­an mengenai penyakit berjangkit, melengkapk­an negeri ini dengan kemampuan dan kapasiti menguji terapi, vaksin dan peralatan ke atas ejen berjangkit dan membolehka­n Sarawak mengesan, mendiagnos­is serta meramal kemungkina­n wabak penyakit berjangkit.

“Pusat ini akan menghimpun­kan bakat-bakat di peringkat wilayah dan antarabang­sa serta menarik syarikat-syarikat bioperubat­an global bagi memastikan kesiapsiag­aan Sarawak menghadapi cabaran masa depan.

“Ia akan dilengkapi peralatan moden serta berteknolo­gi tinggi dan makmal-makmal Keselamata­n-Bio Tahap 3 (BSL-3) bagi membolehka­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) ke atas ejen berjangkit seterusnya ujian produk bagi memastikan pengkomers­ialan hasil R&D.

“Pusat ini juga akan menyediaka­n peluang-peluang untuk bakat Sarawak berkhidmat kepada negeri ini dan memacu pembanguna­n sumber manusia dalam sains biomedical,” jelasnya.

Abang Johari pada 24 November 2020 mengumumka­n penubuhan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM190 juta untuk membangunk­an pusat berkenaan dengan tujuan membangunk­an lagi penyelidik­an, inovasi dan pembanguna­n ke atas penyakit-penyakit tropika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia