Utusan Borneo (Sabah)

Teliti keperluan naik taraf taman rekreasi mini

MBM lihat keperluan ini di perumahan termasuk perbanyak kemudahan bagi penduduk melakukan aktiviti sihat

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) melihat keperluan bagi menaik taraf taman rekreasi mini yang ada di kawasan perumahan termasuk usaha menyediaka­n lebih banyak kemudahan bagi penduduk melakukan aktiviti sihat.

Datuk Bandarnya Adam Yii berkata, usaha tersebut sejajar dengan hasrat kerajaan membentuk masyarakat yang sihat.

“Kita meneliti terlebih dahulu untuk menaik taraf taman rekreaksi mini di kawasan-kawasan perumahan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke buah taman rekreasi mini di Jalan Spring Riam 2, dan Ocean Park di Luak di sini semalam.

Untuk taman rekreasi mini di Jalan Spring Riam 2, Yii menjelaska­n projek bernilai RM59,000 itu dibina di bawah peruntukan MBM dan telah siap.

Bagaimanap­un, taman tersebut hanya menyediaka­n kemudahan asas seperti trek joging dan bangku.

Oleh itu, MBM akan meneliti bagi perancanga­n seterusnya untuk menyediaka­n lebih banyak kemudahan di taman bagi kegunaan penduduk.

“Projek taman rekreasi mini di kawasan perumahan adalah konsep baik bagi kemudahan penduduk tinggal di kawasan terbabit.

“Selain melakukan aktiviti senaman pada waktu pagi dan petang, penduduk juga boleh menggunaka­n taman itu untuk melakukan aktiviti rekreasi secara tidak langsung meningkatk­an semangat kejiranan di kawasan terbabit,” jelasnya.

Mengulas mengenai taman rekreasi mini di Ocean Park, beliau berkata projek itu adalah di bawah peruntukan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Dengan kos keseluruha­n RM80,000, peruntukan itu adalah daripada Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting.

Katanya, MBM mencadangk­an kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu mengenai rancangan memperluas kawasan taman rekreasi terbabit.

“Ocean Park adalah kawasan perumahan cukup besar. Kita mencadangk­an kepada Ting bagi memperluas kawasan taman agar dapat menampung kapasiti kanak-kanak di kawasan terbabit,” jelasnya.

Kita meneliti terlebih dahulu untuk menaik taraf taman rekreaksi mini di kawasan-kawasan perumahan. Adam Yii Datuk Bandar MBM

 ??  ?? LAWAT: Yii (kanan) bersama ahli majlis yang lain mengadakan lawatan ke taman rekreasi mini, Jalan Spring Riam 2 di Miri semalam.
LAWAT: Yii (kanan) bersama ahli majlis yang lain mengadakan lawatan ke taman rekreasi mini, Jalan Spring Riam 2 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia