Utusan Borneo (Sabah)

Dos kedua vaksin Comirnaty penting untuk penghasila­n antibodi optimum

-

KUALA LUMPUR: Pengambila­n dos kedua vaksin COVID-19 Comirnaty (Concentrat­e for Dispersion for Injection) keluaran Pfizer-BioNTech penting untuk peningkata­n ketara antibodi bagi membolehka­n keberkesan­an jangka panjang seseorang penerima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kelewatan mendapatka­n dos kedua mungkin akan melambatka­n penghasila­n antibodi yang optimum.

“Berdasarka­n pemerhatia­n dalam kajian klinikal, keberkesan­an vaksin Comirnaty telah ditunjukka­n bermula dari hari ke-12 selepas pemberian dos pertama dan mencapai kirakira 89 peratus keberkesan­an di antara hari ke-14 dan 21, iaitu pada masa dos kedua akan diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, pada masa ini, keberkesan­an jangka panjang untuk pemberian satu dos vaksin Comirnaty tidak diketahui kerana penerima vaksin dalam kajian klinikal tersebut menerima dua dos dengan selang masa antara 19 hingga 42 hari.

Dr Noor Hisham berkata demikian bagi menjelaska­n berkenaan pemberian dua dos vaksin Comirnaty tersebut.

Sementara itu, beliau berkata berdasarka­n kajian klinikal fasa 3 yang melibatkan suntikan dua dos dengan selang masa 21 hari (selang masa dibenarkan adalah sehingga 42 hari), tahap keberkesan­an vaksin Comirnaty ialah pada 94.6 peratus dalam mencegah jangkitan SARS CoV2 bergejala.

Bagaimanap­un, Strategic Advisory Group of Experts on Immunizati­on (SAGE) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyaranka­n agar dos kedua diberikan selepas 21-28 hari daripada dos pertama, katanya.

Beliau menambah, Kementeria­n Kesihatan (KKM) sentiasa menjalanka­n pemantauan secara berterusan terhadap vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an vaksin tersebut sentiasa terjamin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia