Utusan Borneo (Sabah)

PM Muhyiddin selesai terima dos kedua suntikan vaksin COVID-19

Dr Noor Hisham, 4 petugas barisan hadapan turut terima dos kedua

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin selesai menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya di Presint 18, di sini semalam.

Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada 24 Feb lepas.

Muhyiddin tiba di klinik itu kira-kira 3 petang dan membuat imbasan kod MySejahter­a sebelum dibawa ke bilik vaksinasi untuk pendaftara­n dan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Turut menerima suntikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas menerima suntikan, Muhyiddin mengemas kini aplikasi MySejahter­a untuk menunjukka­n beliau telah melengkapi dos pengambila­n vaksin COVID-19.

Beliau kemudian dibawa ke bilik pemantauan untuk menunggu kira-kira 15 hingga 30 minit bagi dipantau sekiranya berlaku reaksi susulan seperti alahan atau simptom lain.

Selain Muhyiddin dan Dr Noor Hisham, turut menerima suntikan dos kedua semalam adalah empat petugas barisan hadapan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka ialah Dr Tan Yee Ling, Sheilla Mellissa Sikin, Khairul Asraf Mohd Yasin dan Clement a/l Marai Francis yang sebelum ini juga menjadi antara penerima terawal vaksin semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarka­n pada 24 Feb lepas.

Dr Tan, 30, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya manakala Sheilla Mellissa, 31, jururawat di klinik kesihatan tersebut.

Khairul Asraf, 44, bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Pejabat Kesihatan Putrajaya dan Clement, 36, pemandu di pejabat sama.

Kesemua proses vaksinasi itu dilakukan oleh Ketua Jururawat Kesihatan di PKD Putrajaya Lina Ibrahim dan jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar, kedua-duanya pemvaksin yang sama semasa Muhyiddin menerima dos pertama pada 24 Feb.

Sehingga kelmarin seramai 346, 508 terdiri daripada petugas barisan hadapan telah menerima dos pertama vaksin.

Perdana Menteri dan Dr Noor Hisham sebelum ini menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DOS KEDUA: Muhyiddin (depan, tengah) dan Dr Noor Hisham (depan, dua kanan) bergambar kenangan selepas menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 semalam. Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (depan, dua kanan).
— Gambar Bernama DOS KEDUA: Muhyiddin (depan, tengah) dan Dr Noor Hisham (depan, dua kanan) bergambar kenangan selepas menerima dos kedua suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 semalam. Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (depan, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia