Utusan Borneo (Sabah)

Segerakan suntikan vaksin untuk turunkan kes COVID-19, pulihkan ekonomi: PM Muhyiddin

-

PUTRAJAYA: Usai melengkapk­anpengambi­landosvaks­in COVID-19 semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata suntikan vaksin di negara ini perlu diberikan segera bagi menurunkan kes COVID-19 dengan pantas sekali gus memulihkan kehidupan serta ekonomi.

Sehubungan itu, beliau meminta semua rakyat Malaysia serta mereka yang berada di negara ini supaya mendaftar di aplikasi MySejahter­a bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Lebih cepat mereka dapat suntikan, lebih terjamin kesihatan mereka dan mungkin dengan cara itu kita dapat menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan lebih pantas.

“Ia sekali gus memulihkan kehidupan kita seperti sedia kala dan juga ekonomi negara kitasebera­pacepatyan­gboleh,” katanya kepada media selepas selesai menerima suntikan dos keduavaksi­nPfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18, di sini semalam.

Muhyiddin menerima suntikan dos pertama pada 24 Feb.

Turut menerima suntikan dos kedua semalam ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Dr Tan Yee Ling, Sheilla Mellissa Sikin, Khairul Asraf Mohd Yasin dan Clement a/l Marai Francis yang sebelum ini juga menjadi antara penerima terawal vaksin semasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarka­n pada 24 Feb lepas.

Suntikan dos kedua itu dilakukan selepas 21 hari kesemua mereka menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan.

Menurut Muhyiddin, lebih 5.6 juta individu telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat ini manakala lebih 360,000 telah disuntik.

Beliau berkata pendaftara­n untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 sewajarnya semakin bertambah setiap hari.

“Kita jangka dalam tempoh akan datang, vaksin makin lama makin bertambah untuk diterima Kementeria­n Kesihatan.

“Di seluruh negara, kita telah bekalkan dan siapa telah daftar sertamengi­kutkeutama­anakan diberikan suntikan,” katanya.

Mengenai suntikan vaksin yang diterima semalam, Muhyiddin berkata beliau diberikan kad vaksinasi pintar yang menandakan telah selesai menerima suntikan dua dos vaksin COVID-19.

“Tadi saya diserahkan satu kad dan kad ini akan digunakan untuk tujuan mana-mana perjalanan.

“Kalau ada pihak kawalan keselamata­n ingin mengetahui saya telah diberikan suntikan kedua atau tidak. Saya boleh tunjuk kad tu dan boleh imbas dan ada suara mengatakan saya telah diberikan dos kedua,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia