Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat AS Uber lulus status pemandu UK sebagai pekerja

-

LONDON: Uber kelmarin mengumumka­n ia telah meluluskan status pemandunya di United Kingdom (UK) sebagai pekerja, dengan faedah termasuk gaji minimum – yang pertama di dunia untuk syarikat gergasi pemandu penghantar dari Amerika Syarikat (AS) itu.

Beberapa minggu selepas mahkamah tertinggi membuat keputusan yang boleh mengembang­kan ekonomi Britain dengan lebih besar melibatkan 5.5 juta orang, Uber berkata, pemandunya turut menerima bayaran cuti dan pencen.

Ia satu perubahan besar dalam model perniagaan syarikat yang sebelum ini membuat pertikaian di Mahkamah Agung Britain bahawa pemandunya adalah bekerja sendiri.

Bermula semalam, “lebih 70,000 pemandu Uber di UK akan berada dalam kategori pekerja, menerima sekurangku­rangnya gaji asas negara apabila memandu untuk Uber,” kata aplikasi teksi itu dalam satu kenyataan.

“Ini adalah lantai dan bukan siling, dengan pemandu kini berpeluang mendapat lebih banyak pendapatan.”

Mahkamah membuat keputusan bulan lepas bahawa pemandu Uber layak menerima hak-hak sebagai pekerja.

Keputusan itu meraikan satu pertarunga­n undang-undang antara pemandu di UK dan teksi Silicon Valley serta syarikat penghantar­an.

Gaji mengikut minimum di UK akan naik sedikit dari bulan April kepada 8.91 pound sejam.

Secara purata, pemandu memperoleh­i 17 pound sejam di London dan 14 pound di kawasan lain di UK, menurut Uber.

Uber berkata, tindakanny­a ke atas hak pekerja bermakna pemandu akan memperoleh­i lebih banyak keselamata­n, membantu mereka untuk merancang masa depan ketika mengekalka­n kefleksibe­lan yang diterapkan dalam industri swasta itu.

Kos yang lebih tinggi untuk Uber itu hadir ketika ia berdepan dengan penurunan tempahan pemandu ekoran pandemik COVID-19, walaupun tuntutan tinggi untuk perkhidmat­an UberEats dan penghantar­an makanan semasa perintah kawalan pergerakan negara.

Sementara itu, Uber meminta syarikat-syarikat dalam sektor untuk membentuk dana bersama yang akan membolehka­n pemandu yang bekerja untuk aplikasi berbeza untuk dapat mengakses perlindung­an dan faedah seperti cuti berbayar.

Ia hadir ketika syarikat pengangkut­an untuk aplikasi makanan Deliveroo, menunggu keputusan di Mahkamah Rayuan untuk hak tawaran bersama.

Dalam apa yang merupakan yang pertama untuk Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Sepanyol pada awal bulan ini mengumumka­n satu perjanjian yang akan mengiktira­f mereka yang bekerja untuk firma penghantar makanan seperti Deliveroo dan UberEats sama seperti kakitangan bergaji ekoran aduan mengenai keadaan kerja mereka. — AFP

BANGKOK: Enam anjing penghidu jenis Labrador digunakan untuk mengesan individu dijangkiti COVID19 tanpa gejala di lapangan terbang dan pelabuhan tertentu di Thailand, dengan kadar ketepatan sekitar 95 peratus.

Anjing itu dilatih oleh Fakulti Sains Veterinar Universiti Chulalongk­orn.

Timbalan Dekan Fakulti Bahagian Penyelidik­an dan Inovasi Prof Dr Kaywalee Chatdarong di laman web Chula Journal berkata, fakulti itu memutuskan untuk melatih anjing penghidu Labrador kerana ia jinak dan memiliki deria bau yang baik.

Dr Kaywalee merangkap ketua projek berkata, deria bau anjing adalah 50 kali lebih baik berbanding manusia dan menerusi peluh manusia, haiwan itu dapat menghidu individu yang dijangkiti virus tetapi tidak bergejala.

“Apabila seekor anjing duduk,bermaksud individu itu tidak bergejala,” katanya.

Anjing penghidu juga digunakan di Finland, Jerman, Perancis dan Australia.

Pada masa depan, Dr Kaywalee berharap dapat melatih anjing untuk mengesan pesakit yang menghidap penyakit seperti diabetes, kemurungan, malaria dan Alzheimer.

Sementara itu, doktor haiwan yang pakar dalam penyakit berjangkit dan anggota pasukan penyelidik­an fakulti Profesor Madya Dr. Somporn Techa-ngarmsuwan berkata, proses ujian adalah selamat untuk anjing, orang awam dan pegawai terlibat.

Menurutnya, pasukan penyelidik menggunaka­n sampel peluh pesakit COVID-19 dan membiarkan anjing-anjing itu menghiduny­a dari jauh.

Projek itu, katanya, adalah kerjasama antara Fakulti Sains Veterinar, Fakulti Perubatan dan Fakulti Sains universiti, dan dibiayai oleh Eksplorasi dan Pengeluara­n Chevron Thailand.

Terkini, Thailand mencatatka­n 27,402 kes baharu COVID-19 dan 88 kematian. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Anggota polis dilihat di luar rumah urut di mana seorang suspek, dikenal pasti sebagai Robert Aaron Long (sisipan), telah menembak dan mencederak­an beberapa orang di Atlanta, Georgia kelmarin.
— Gambar AFP SIASAT: Anggota polis dilihat di luar rumah urut di mana seorang suspek, dikenal pasti sebagai Robert Aaron Long (sisipan), telah menembak dan mencederak­an beberapa orang di Atlanta, Georgia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia