Utusan Borneo (Sabah)

Sekatan senjata Libya sama sekali tidak berkesan: Pakar PBB

-

NEW YORK: Sekatan senjata dikenakan ke atas Libya sejak 2011 “tidak memberi sebarang kesan,” kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu laporan dikeluarka­n kelmarin yang menjelaska­n pelanggara­n “meluas, terang-terangan” oleh pelaku termasuk dari anggota PBB sendiri.

Enam pakar bertanggun­gjawab memantau sekatan di negara yang diselubung­i perang saudara itu menuding jari kepada beberapa penyokong antarabang­sa kedua-dua pihak dalam konfliknya, termasuk tentera upahan dan pelaku tanpa negara – termasuk kumpulan dari Rusia, Wagner dan juga bekas ketua Blackwater, Erik Prince.

Mereka menggunaka­n gambar, diagram dan peta untuk menyokong tuduhan mereka dalam laporan lebih 550 muka surat, yang meliputi tempoh dari Oktober 2019 hingga Januari 2021.

“Sekatan senjata masih tidak berkesan sama sekali. Bagi anggota negara yang secara langsung menyokong pihak-pihak dalam konflik, pelanggara­n sangat meluas, secara terang-terangan dan tanpa mempedulik­an sepenuhnya langkah sekatan,” tulis mereka dalam laporan.

“Kawalan mereka ke atas keseluruha­n rantain bekalan menyukarka­n pengesanan, gangguan atau tahanan,” tambah laporan yang menjelaska­n bahawa kedua-dua faktor “menjadikan sebarang pelaksanaa­n sekatan senjata lebih sukar.”

Pakar telah mengutuk pencabulan sekatan ini sejak bertahun-tahun.

Libya dicengkam perang saudara sejak tentera disokong NATO melancarka­n serangan untuk me-numbangkan dan kemudian membunuh diktator Muammar Gadhafi pada 2011.

Negara itu sudah bertahun-tahun berpisah di antara Kerajaan Perjanjian Kebangsaan (GNA) di Tripoli dan pentadbira­n berpusat di timur yang disokong militia Khalifa Haftar.

Penyokong antarabang­sa Haftar termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Rusia, Syria dan Mesir – kesemuanya disebut dalam laporan PBB sebelum ini atau dalam satu laporan dikeluarka­n kelmarin.

Turki dan Qatar, yang menyokong kerajaan GNA di Tropoli, juga dinamakan oleh pakar dalam laporan mereka.

Mereka mengenal pasti tentera upahan Rusia dari syarikat swasta Wagner, dan juga sehingga 13,000 pemberonta­k Syria dan Chad atau kumpulan Sudan, semua bertindak untuk salah satu pihak.

Laporan kelmarin dengan jelas memperkuat­kan tuduhan sebelum ini dan menambah lagi tuduhan, seperti satu yang disasarkan kepada Erik Prince, pengasas syarikat keselamata­n yang sudah dibubarkan, Blackwater dan penyokong kuat bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Prince menafikan tuduhan dia menghantar atau mahu menghantar pasukan tentera upahan dan senjata kepada Haftar pada 2019.

Pakar menganggar­kan sehingga 2,000 tentera upahan Wagner dihantar ke Libya.

“Meskipun perjanjian gencatan senjata pada 25 Oktober 2020, tiada sebarang petunjuk pengundura­n oleh pasukan Wagner dari Libya,” tulis mereka.

Sebuah lagi syarikat swasta dari Rusia, Kumpulan Rossiskie System Bezopasnos­ti, disebut kerana peranannya membina semula jet pejuang: sementara kontraktor ketenteraa­n Turki, SADAT, yang menafikan sebarang aktiviti haram di Libya, juga dituduh terlibat di Libya.

Pakar mencapai satu kesimpulan jelas apabila melibatkan sekatan ekonomi ke atas individu atau entiti dengan merujuk “sering ketiadaan ketelusan.”

“Pelaksanaa­n pembekuan aset dan langkah larangan pergerakan juga tidak memberikan sebarang kesan,” tambah mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia