Utusan Borneo (Sabah)

58 maut dalam serangan ‘kejam’ dekat sempadan Niger-Mali

-

NIAMEY: Lima puluh lapan orang terbunuh dalam serangan “kejam” ke atas sebuah bas dan perkampung­an di Niger, yang berhampira­n dengan sempadan Mali, kata kerajaan kelmarin.

Pada petang Isnin, “kumpulan bersenjata, masih tidak dikenal pasti, menahan empat kenderaan membawa penumpang pulang dari pasar minggu Banibangou ke perkampung­an Chinedogar dan Darey-Darey,” kata kerajaan dalam satu kenyataan yang dibaca di televisyen awam.

“Angka daripada tindakan kejam ini adalah 58 kematian, seorang cedera, beberapa kilang bijian, dua kenderaan dibakar dan dua lagi kenderaan dicuri,” tambahnya.

Tiada kumpulan mengaku bertanggun­gjawab tetapi Niger masih bergelut dengan dua kumpulan pelampau – di barat berhampira­n Mali dan Burkina Faso dan pemberonta­kan satu dekad di tenggara bersempada­n dengan Nigeria.

Serangan berlaku di wilayah Tillaberi yang terletak di “kawasan tiga sempadan” – satu zon pertemuan penting tiga sempadan Niger, Burkina Faso dan Mali.

Terdahulu, seorang penduduk tempatan memberitah­u agensi berita AFP bahawa insiden itu bermula dengan serangan ke atas bas bergerak ke Chinedogar, di mana “sekitar 20 orang dibunuh.”

Seorang lagi penduduk berkata, mereka yang dibunuh sebelum itu membeli-belah di Banibangou, sebuah pasar utama terletak beberapa kilometer dari sempadan Mali.

“Kumpulan bersenjata” kemudian menyerang kampung sekitar jam 6 petang, membunuh kira-kira 30 orang, kata pasukan keselamata­n.

Kerajaan mengumumka­n tiga hari perkabunga­n bermula semalam.

Ia meminta penduduk untuk “lebih berwaspada” dan menegaskan “keazaman untuk terus menentang segala bentuk jenayah seperti ini.”

Niger adalah sebahagian daripada pakatan disokong Perancis di rantau Sahel yang menentang militan, termasuk beberapa kumpulan yang bersekongk­ol dengan pelampau ISWAP – cabang kumpulan Boko Haram.

Beratus-ratus nyawa telah terkorban, hampir setengah juta lagi melarikan diri dari rumah mereka dan keganasan di negara itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia