Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa ugut bunuh Biden, pemimpin Demokrat

-

WASHINGTON: Peguam negeri Michigan, kelmarin mendakwa seorang lelaki tempatan dengan jenayah mengancam untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, pemimpin tertinggi Demokrat Nancy Pelosi dan Gabenor Michigan Gretchen Whitmer.

Pada Januari, Joshua Doctor, 21, didakwa memuat naik “pelbagai komen mengancam” di platform media sosial iFunny, menurut Peguam

Negeri Dana Nessel dalam satu kenyataan.

Dalam status itu, Doctor berkata, dia akan menggunaka­n sepucuk pistol untuk menembak dan membunuh pegawai yang dipilih, yang katanya akan menjadi “pemangkin” untuk revolusi AS.

Kenyataan juga berkata, telefon pintar Doctor mempunyai maklumat tentang bagaimana untuk membuat bom dan di mana untuk mencari bahan yang diperlukan.

Doctor, yang menyerah diri kelmarin, didakwa kerana mengancam satu tindakan keganasan dan menggunaka­n komputer untuk melakukan jenayah, dengan kedua-dua kesalahan membawa kemungkina­n hukuman penjara 20 tahun.

Penampilan pertamanya di hadapan hakim dijadualka­n pada 8 April.

Kerajaan AS pada lewat Januari mengeluark­an amaran antikegana­san buat kali pertama terhadap ancaman diberikan oleh “pelampau” terhadap kedudukan Biden sebagai presiden.

Dalam ucapan sulungnya sebagai presiden pada 20 Januari, Biden berikrar untuk “menewaskan” fahaman “pelampau politik, kekuasaan kulit putih” dan “keganasan domestik.”

Dua minggu sebelum itu, pada 6 Januari, beratus-ratus penyokong bekas presiden Donald Trump, termasuk beberapa anggota kumpulan radikal, menyerang bangunan US Capitol di Washington dalam usaha untuk menghalang pengesahan keputusan pilihan raya yang menyaksika­n Biden menewaskan Trump pada pilihan raya November lepas.

Pada Oktober 2020, Gabenor Whitmer menjadi sasaran kumpulan kecil pelampau yang merancang untuk menculikny­a kerana marah dengan tindakanny­a menguatkua­sa sekatan pergerakan untuk menangani pandemik COVID-19. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia