Utusan Borneo (Sabah)

PM Perancis ikrar segera terima suntikan AstraZenec­a selepas EU beri kelulusan

-

PARIS: Perdana Menteri Perancis, Jean Castex, kelmarin berikrar bahawa beliau akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZenec­a “dengan segera” untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatka­n suntikan itu jika ia diputuskan selamat oleh agensi perubatan Kesatuan Eropah (EU).

Castex, 55, berkata bahawa sebagai seseorang pada usianya yang tanpa masalah kesihatan serius, beliau bersedia untuk menunggu masanya sehingga lewat tahun ini untuk mendapatka­n vaksin, tetapi mengubah pendiriann­ya untuk membantu mengembali­kan keyakinan tentang suntikan vaksin AstraZenec­a.

“Saya membuat keputusan bahawa ia adalah bijak jika saya divaksinka­n dengan segera sebaik sahaja penggantun­gan (vaksin AstraZenec­a) ditarik balik dan semua jaminan diberikan untuk menunjukka­n kepada rakan senegara saya bahawa vaksin ini sudah keluar dari krisis dan boleh diambil dengan jaminan,” kata beliau ketika memberitah­u BFM TV dalam temu bual secara langsung.

Perancis, Jerman dan beberapa negara EU lain menggantun­g penggunaan vaksin AstraZenec­a sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu keputusan hari ini oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA) berikutan laporan darah beku selepas suntikan.

“Jika ada sedikit keraguan di kalangan rakan senegara, kita harus membuangny­a.

Kami menunggu pandangan EMA dan sebaik sahaja mendapat keputusan, kami akan mengikutin­ya,” kata beliau.

“Saya fikir pandangann­ya adalah positif dan... kita boleh mengembali­kan keyakinan penuh kepada vaksin ini.”

Jangkitan COVID-19 adalah tinggi di Perancis, yang tidak mengenakan sebarang perintah kawalan pergerakan sejak tahun lepas, ketika tekanan ke atas hospital di rantau Paris memaksa kerajaan untuk memikirkan tentang memperting­katkan langkah kawalannya.

Castex menjelaska­n bahawa sekatan baharu akan dilaksanak­an untuk wilayah di Paris, seperti kawalan pergerakan hujung minggu yang sudah dikuatkuas­akan di Nice dan Calais. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia