Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak meninggal dunia di dalam kereta

Mangsa berusia tiga tahun itu ditemui tertinggal di dalam kereta pengetua tadika lebih empat jam

-

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan meninggal dunia selepas ditemui tertinggal di dalam kereta lebih empat jam di hadapan sebuah tadika di Taman Ria di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Proton Waja milik pengetua tadika terbabit pada 12.15 tengah hari.

Beliau berkata sebelum itu, mangsa yang tinggal berhampira­n tadika tersebut telah dijemput pengetua wanita terbabit kira-kira 7.45 pagi dan mangsa ketika itu dalam keadaan sihat duduk di tempat duduk belakang kereta.

“Sebelum itu, pengetua terbabit juga mengambil seorang pelajar lain yang berumur lima tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan dan sampai sahaja di hadapan tadika, seorang guru telah ambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika.

“Pengetua itu pula terus parkir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta. Ketika kejadian, mangsa masih berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraa­n,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Adzli berkata mangsa berada dalam kereta itu mulai jam 8 pagi dan pada 12.15 tengah hari pengetua terbabit dimaklumka­n oleh seorang guru bahawa mangsa tidak hadir ke tadika menyebabka­n pengetua terbabit terus menuju ke keretanya dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri.

“Pengetua itu telah menghubung­i pihak ambulans dan buat bantuan penafasan (CPR) namun mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaa­n doktor di bahagian kecemasan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat semalam dan pengetua terbabit direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta KanakKanak 2001. — Bernama

Pengetua itu telah menghubung­i pihak ambulans dan buat bantuan penafasan (CPR) namun mangsa tidak sedarkan diri. Mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaa­n doktor di bahagian kecemasan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia semasa sampai di hospital.

 ??  ?? SEBAK: Nor Azira mengiringi jenazah anaknya dari Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Solihin, Sungai Petani semalam.
SEBAK: Nor Azira mengiringi jenazah anaknya dari Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Solihin, Sungai Petani semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia