Utusan Borneo (Sabah)

Tawaran diskaun kompaun di bawah kesalahan Akta 342 Diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaska­n bayaran dalam tempoh ditetapkan

-

PUTRAJAYA: Kabinet semalam bersetuju menetapkan Garis Panduan PenetapanN­ilaiTawara­nKompaun dan Kadar Penguranga­n Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuat kuasa semalam, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaska­n bayaran dalam tempoh ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu atau syarikat yang dikenakan kompaun tertentu di bawah Akta 342 dan sekiranya membayar dalam tempoh seminggu atau dari hari pertama hingga hari ketujuh dari tarikh kompaun dikeluarka­n, secara automatik mendapat diskaun 50 peratus.

“Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini semalam.

Takiyuddin berkata, sekiranya kompaun dibayar antara hari kelapan hingga hari ke-14, individu atau syarikat layak mendapat diskaun 25 peratus, namun jika sudah melebihi 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarka­n, tiada diskaun akan ditawarkan.

Beliau berkata, kerajaan dalam masa yang sama turut mempertimb­angkan rayuan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), B40, pelajar dan berpenyaki­t kronik, untuk mendapat penguranga­n kompaun melebihi nilai diskaun yang ditawarkan.

Takiyuddin berkata, mereka boleh membuat rayuan kepada Kementeria­n Kesihatan (KKM) melalui saluran tertentu, seperti perlu mengisi borang dan mengepilka­n sekali dokumen sokongan seperti kad OKU atau kad pelajar.

Di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak, rayuan boleh dikemukaka­n kepada pegawai-pegawai KKM yang ditetapkan seperti pengarah kesihatan negeri, timbalan pengarah kesihatan negeri (kesihatan awam), pakar epidemiolo­gi daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Di Wilayah Persekutua­n Labuan, rayuan boleh dibuat kepada pegawai KKM ditetapkan iaitu pengarah kesihatan negeri, timbalan pengarah kesihatan negeri (kesihatan awam) dan pegawai kesihatan epidemiolo­gi.

“Mereka ini sahaja yang boleh beri pertimbang­an kepada orang yang dikenakan kompaun berdasar rayuan dan bukti sokongan,” katanya.

Takiyuddin berkata bagi kesalahan yang dikenakan kompaun ketika pelaksanaa­n Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 bermula pada 11 Mac lepas, layak mendapat diskaun ditawarkan, dengan hari ini dikira sebagai hari pertama tanpa mengira tarikh kompaun dikeluarka­n.

“Dengan keluarnya Garis Panduan ini yang bermula hari ini (semalam), seumpamany­a mereka disaman hari ini, mereka ada satu minggu kalau nak (diskaun) 50 peratus.

“Mulai hari ini (semalam), mereka yang dah kena saman sebelum ini boleh bayar dalam masa seminggu (untuk dapat diskaun 50 peratus),” katanya.

Takiyuddin berkata di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, dan nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.

Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabka­n penularan yang tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan yang menyebabka­n penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabka­n risiko rendah dan tiada kesan kepada komunti.

“Contoh di bawah kesalahan kategori satu atau tinggi, pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tentang wujudnya penyakit berjangkit.

“Contohnya doktor swasta tidak memaklumka­n kepada KKM (Kementeria­n Kesihatan) ada pesakit yang positif COVID-19 mendapatka­n rawatan di fasilitiny­a, kita cadangkan dikompaun RM5,000,” katanya.

Bagi kesalahan kerana mengunjung­i kelab malam termasukla­h perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam, individu boleh dikompaun RM10,000 manakala pemegang lesen atau pemilik premis pula dikenakan kompaun RM50,000.

Beliau berkata, contoh kesalahan di bawah kategori sederhana pula adalah, apabila seseorang memasuki tempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan, yang boleh dikenakan kompaun RM3,000.

“Kesalahan kerana enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 pula dikompaun RM4,000,” katanya.

Bagi kesalahan di bawah kategori normal, Takiyuddin berkata adalah seperti pekerja, pelanggan atau pembekal, yang tidak memakai pelitup muka, di mana kompaun ditetapkan ialah RM1,500.

Takiyuddin berkata, kesalahan seperti gagal mendaftar masuk premis sama ada menggunaka­n MySejahter­a atau buku pendaftara­n dan gagal pastikan penjarakan fizikal, juga boleh dikompaun RM1,500.

Beliau berkata, bagi contoh kesalahan melibatkan syarikat pula, kegagalan pemegang lesen atau pemilik premis mematuhi waktu operasi, kompaun yang ditetapkan ialah RM10,000.

“Dalam suasana negara mengalami pandemik COVID-19, kita perlu undang-undang untuk mengawal, bukan untuk menghukum.

“KKM dah arah pegawai mereka, pihak polis pun dah arah pegawai mereka, supaya tindakan saman dan kompaun diambil sebagai langkah terakhir, selepas teguran dan nasihat dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Pasukan Penguatkua­saan Pelaksanaa­n SOP yang dianggotai polis, tentera, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan penguatkua­sa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan bermula selewatnya 1 April ini, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.

“Pasukan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaa­n SOP dalam kalangan rakyat, dan memberi nasihat dan teguran sebelum mengeluark­an kompaun kepada yang ingkar,” katanya. — Bernama

Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Takiyuddin ketika sidang media bersama Dr Adham di Kementeria­n Kesihatan. Putrajaya semalam.
SIDANG MEDIA: Takiyuddin ketika sidang media bersama Dr Adham di Kementeria­n Kesihatan. Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia