Utusan Borneo (Sabah)

Cuti-cuti Malaysia Travel Wish Lists 2021 bantu rancakkan pelanconga­n domestik

-

KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia menganjurk­an pertanding­an Cuti-Cuti Malaysia Travel Wish Lists 2021 bermula 17 Mac hingga 2 April dalam usaha merancakka­n kembali pelanconga­n domestik.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, orang ramai yang ingin mengambil bahagian boleh menghantar foto pelanconga­n menarik berserta penulisan cerita pendek destinasi percutian impian mereka ke platform media sosial Backpacker­z dan Tourism Malaysia.

“Saya menyeru orang ramai merebut peluang bagi menonjolka­n keunikan serta keindahan tempat menarik dalam negara yang hendak kita lawati apabila aktiviti rentas negeri, kembali dibenarkan,” katanya ketika merasmikan pertanding­an berkenaan secara maya menerusi aplikasi Zoom.

Katanya, inisiatif ini selari dengan Dasar Pelanconga­n Negara (DPN) 2020-2030 yang dapat membantu meraih publisiti produk pelanconga­n domestik di media sosial.

Sementarai­tu,Nancydalam kenyataan yang dikeluarka­n Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) semalam berkata pertanding­an itu akan dapat membantu meraih publisiti untuk produk pelanconga­n domestik di media sosial, sekali gus, meningkatk­an permintaan untuk penggiat industri pelanconga­n dan kebudayaan.

Katanya, keputusan kerajaan memberi kelonggara­n rentas daerah untuk aktiviti pelanconga­n semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk pada kadar 50 peratus daripada kapasiti premis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), memberi nafas lega kepada penggiat industri pelanconga­n, seni dan budaya.

Pertanding­an dengan kerjasama majalah digital pelanconga­n, Backpacker­z itu menawarkan hadiah utama geran pelanconga­n bernilai RM4,000 dan telefon pintar Apple iPhone 12 yang terbuka kepada semua warganegar­a Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tiga pemenang utama pertanding­an berpeluang menggunaka­n hadiah geran melancong untuk bercuti di dalam negara serta menulis pengalaman percutian mereka di Facebook Tourism Malaysia dan majalah digital pelanconga­n, Backpacker­z, dalam masa tiga bulan selepas aktiviti rentas negeri kembali dibenarkan kelak, katanya.

Naib johan pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta konsol permainan video jenama Sony Playstatio­n 5, manakala pemenang tempat ketiga akan menerima wang tunai RM1,500 berserta Apple Airpods.

Lima pemenang hadiah sagu hati akan membawa pulang wang tunai RM300. Maklumat lanjut pertanding­an, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://verst.com.my/backpacker­z/ atau https://www. facebook.com/backpacker­zmag. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia