Utusan Borneo (Sabah)

Johor salur bantuan RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan negeri

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor semalam mula menyalurka­n bantuan ‘one-off’ berjumlah RM7.02 juta kepada petugas barisan hadapan di negeri ini bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka dalam membantu mengekang penularan wabak COVID19.

Seramai 35,136 petugas barisan hadapan akan menerima bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif di bawah Agenda Johor Berkebajik­an yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021, November lepas.

Bantuan disampaika­n oleh Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad kepada wakil agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini.

Turut menerima bantuan berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Sementara itu, wakil PDRM, Inspektor Nongleek a/p Prak Jun menyifatka­n bantuan itu sebagai tanda keprihatin­an kerajaan negeri dalam menghargai jasa agensi keselamata­n dan kesihatan mengekang pandemik COVID-19.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak akan dapat menaikkan semangat para petugas barisan hadapan untuk terus berkhidmat,” katanya.

Bagi anggota ATM, Sarjan Mohd Shukri Hussin, bantuan itu dapat memberi suntikan moral kepada anggota pasukan ATM yang terlibat dalam pelbagai operasi ketika negara berdepan pandemik itu.

Turut hadir pada majlis penyerahan bantuan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R. Vidyananth­an dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Salehuddin Hassan. — Bernama

 ??  ?? DIHARGAI: Hasni beramah mesra bersama petugas barisan hadapan yang menerima bantuan tunai RM200 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar semalam.
DIHARGAI: Hasni beramah mesra bersama petugas barisan hadapan yang menerima bantuan tunai RM200 di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia