Utusan Borneo (Sabah)

KPWKM kaji semula Akta Kanak-Kanak 2001

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mengkaji semula Akta Kanak-Kanak 2001 yang kali terakhir dipinda pada 2016.

Menurut kenyataan KPWKM semalam, sebagai langkah awal, kementeria­n itu bekerjasam­a dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pejabat Pesuruhjay­a Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi mengenal pasti kelompanga­n dalam akta itu melalui satu kajian khusus yang dijangka siap akhir tahun ini.

“KPWKM mengalu-alukan sesi konsultasi yang akan diadakan oleh UNICEF dan OCC bersama pertubuhan bukan kerajaan, pakar dan aktivis kanak-kanak serta anggota akademik bagi memastikan pandangan semua pihak diberi perhatian,” demikian menurut kenyataan itu.

KPWKM berkata sesi konsultasi dan pengumpula­n input merupakan fasa penting dalam proses kajian semula akta tersebut agar undang-undang tersebut lebih menyeluruh dan menepati keperluan dalam semua aspek yang meliputi perlindung­an, pemelihara­an dan pemulihan kanak-kanak di Malaysia. — Bernama

ISKANDAR PUTERI: Pemberian baucar pelanconga­n pada Mei ini akan menawarkan diskaun kepada pengunjung untuk melawat tempat tarikan pelancong termasuk taman tema di negeri Johor, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Belia dan Sukan Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata pemberian baucar berkenaan, yang juga satu daripada inisiatif kerajaan negeri dalam merancakka­n kembali industri pelanconga­n di negeri ini, diharap dapat membantu melonjakka­n kembali industri berkenaan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, buat permulaan, sebanyak RM1.5 juta diperuntuk­kan bagi baucar pelanconga­n berkenaan yang merangkumi hotel, taman tema, destinasi tarikan pelancong serta inap desa berdaftar seperti diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad sebelum ini.

“Kalau (baucar pelanconga­n) itu berjaya...bukan sahaja kita akan minta peruntukan lebih tetapi kita juga akan minta peruntukan untuk membantu (menawarkan) baucar (seumpama ini) untuk membantu usahawan-usahawan yang kreatif dalam mengeluark­an produk pelanconga­n,” katanya kepada Bernama ketika hadir pelancaran produk Kambing Travel, di sini baru-baru ini.

Onn Hafiz berkata baucar berkenaan boleh diguna pakai hingga akhir tahun ini.

Sementara itu, beliau berkata tiga insentif melibatkan industri pelanconga­n dijangka selesai diberikan bulan ini berbentuk pemberian bantuan wang tunai secara sekali beri kepada pemandu pelancong, syarikat-syarikat pelanconga­n dan persatuan pelanconga­n di Johor.

“Kita jangkakan 600 kepada 1,000 pemandu pelancong akan menerima RM1,000. Bagi syarikatsy­arikat pelanconga­n pula akan menerima RM2,000.

“Bagi bantuan kepada persatuan pelanconga­n yang berdaftar di bawah Tourism Johor pula, sebanyak 16 persatuan akan menerima RM20,000 setiap satu. Saya tahu (bantuan) ini masih tidak mencukupi (untuk bantu industri pelanconga­n), tetapi niat kita adalah untuk membantu yang kita mampu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia