Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100 babi liar Sabah ditemukan mati disyaki akibat ASF

-

SANDAKAN: Sekurang-kurangnya 100 ekor babi liar di hutan simpan Sabah, ditemukan mati sehingga semalam disyaki akibat Demam Babi Afrika (ASF), kata Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga.

Katanya, sejak penemuan 14 bangkai haiwan itu di Kinabatang­an antara Disember dan Januari lepas, hampir setiap hari pihaknya menemukan sekurangku­rangnya satu bangkai babi liar daripada spesies Babi Berjanggut Borneo itu.

“Pada awal siasatan, pihak Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) Sabah tidak menemukan tanda virus ASF pada bangkai babi liar yang ditemukan (di Kinabatang­an).

“Kini, telah disahkan haiwan tersebut mati akibat ASF susulan penemuan virus itu pada bangkai babi domestik di Pitas, (yang diisytihar kawasan penularan ASF pada 23 Feb lepas) dan virus itu telahpun merebak ke kawasan lain di Sabah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Tuuga berkata punca penularan virus itu terhadap haiwan berkenaan masih dalam siasatan.

Menurutnya, meskipun ASF tidak menjangkit­i manusia, namun impak penularan virus itu berupaya memberi kesan buruk kepada ekonomi Sabah, termasuk usaha kerajaan negeri memelihara hutan dan hidupan liar di negeri ini.

Beliau berkata, Jabatan Hidupan Liar Sabah telah membekukan pengeluara­n permit memburu sementara waktu sejak setahun lalu, sehingga diberitahu kelak.

Susulan penularan ASF di negeri ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah memberitah­u, kerajaan negeri mengisytih­ar daerah yang terkesan sebagai kawasan penularan ASF mengikut Enakmen Haiwan 2015 — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia