Utusan Borneo (Sabah)

Majlis penyalaan obor Olimpik Tokyo 2021 pasti suram kerana ditutup kepada awam tetapi akan disiarkan secara langsung dalam talian

-

DUBAI: Andrey Rublev mengemukak­an kritikan beliau terhadap sistem ranking ATP yang terkini dengan pemain nombor lapan dunia itu berpendapa­t setelah memenangi perlawanan pembuka beliau di Dubai pada Selasa, sistem itu tidak menyebelah­inya.

Alexander Zverev, pemain kelahiran Jerman dan nombor tujuh dunia, baru-baru ini menyatakan sistem itu “aneh” oleh kerana ranking beliau lebih rendah daripada Roger Federer sungguhpun beliau tidak menyertai permainan sepanjang tahun akibat pembedahan lutut.

Sistem itu diolah untuk melindungi kedudukan pemain yang tidak dapat membuat perjalanan dan bersaing akibat pandemik COVID-19.

Pemain boleh menambah mata kepada skor mereka, dan mereka tidak mengurangk­an mata yang dikumpul sejak dari perlawanan musim lalu.

“Jika sistem normal masih digunakan sekarang, saya rasa saya berkeduduk­an nombor empat dunia. Jadi apa yang lebih berkelebih­an untuk saya, untuk menjadi nombor lapan atau nombor empat?” kata Rublev apabila disoal sama ada beliau menyokong kenyataan Zverev.

“Dengan sistem yang kini, bagi saya, susah untuk saya capai ranking keempat, itulah jawapan saya.”

Rublev menambah kemenangan berturut-turut beliau dalam kejohanan 500-peringkat dengan 21 kemenangan setelah menundukka­n pesaing kelayakan Finland Emil Ruusuvuori 64, 6-4 dalam pusingan kedua di Dubai.

Pilihan kedua Rusia itu, yang telah memenangi empat kejohanan peringkat ini sejak Hambirg pada September lalu, akan berhadapan dengan pilihan ke-15 Amerika Taylor Fritz dalam pusingan 16 akhir.

Sementara itu, juara bertahan Terbuka AS dan pilihan utama Dubai, Dominic Thiem tersingkir daripada perlawanan kepada Lloyd Harris, yang meraih kemenangan pertama 10 teratas dalam karier beliau dengan keputusan 6-3, 6-4.

Kelayakan Afrika Selatan itu mencatat kemenangan sulung 20 teratas beliau minggu lepas menundukka­n Stan Wawrinka di Doha, terus mara ke pusingan ketiga menentang pemain pilihan ke-14 Serbia, Filip Krajinovic.

Thiem, pemain ranking 81 dunia, tidak putus servis, hanya hilang satu mata di belakang servis pertama beliau sepanjang permainan 72 minit itu.

Thiem akan melangkau Terbuka Miami yang akan datang dan beliau mengulas beliau memerlukan sedikit masa untuk “kembali” selepas perlawanan tanah liat pada April.

Pilihan ketiga Kanada Denis Shapovalov bercadang untuk menyertai lebih sedikit kejohanan musim ini jika tennis masih beroperasi dengan polisi koronaviru­s yang tegas buat pemainnya.

Shapovalov, yang berjaya meraih kemenangan debut di Dubai 6-1, 6-3 kepada pilihan Jerman Jan-Lennard Struff mengulas kekecewaan dengan polisi COVID-19 apabila dikurung di dalam bilik hotel selepas setiap perlawanan boleh memberi impak negatif terhadap mental peserta-peserta.

“Saya sudah pasti tidak mahu bermain terlalu banyak perlawanan tahun ini jika keadaan terus seperti hidup dalam gelembung kerana ia amat sukar secara mental ketika dikurung seperti ini,” kata pemain 21 tahun itu.

Dalam perlawanan lain, Kei Nishikori mengekalka­n kejuaraann­ya kepada johan Montpellie­r bulan lepas David Goffin dengan 6-3, 7-6 (7/3). — AFP

TOKYO: Tiada penonton akan dibenarkan menyaksika­n acara penyalaan obor Olimpik Tokyo 2021, kata penganjur mereka dalam pengumuman perasmian yang bakal bermula tidak lama lagi setelah kejohanan itu tertunda.

Penonton dimohon untuk tidak berkumpul bagi menyaksika­n acara permulaan minggu hadapan dan pusingan pertama kejohanan dunia itu, yang telah ditunda selama setahun akibat COVID-19.

“Majlis perasmian dan seksyen pertama obor Fukushima... tidak akan dibuka untuk tontonan awam,” menurut kenyataan penganjur, dan sambutan itu akan ditayangka­n secara langsung dalam talian.

Pengumuman itu dibuat sebelum menetapkan sama ada penonton dari luar negara akan dibenarkan untuk masuk ke Jepun bagi kejohanan itu, dan akan dibuat sebelum obor dinyalakan pada 25 Mac.

Namun menurut laporan minggu lepas, kemungkina­n besar kerajaan Jepun akan menegah pendatang daripada negara luar kerana bimbang perkara itu akan menaikkan kes jangkitan.

Acara penyalaan obor itu akan diadakan di daerah Fukushima untuk perasmian Olimpik Julai 23 nampaknya tidak akan menerima banyak sambutan seperti yang diharapkan.

“Untuk memastikan segala polisi berkaitan COVID-19 dipatuhi, bilangan peserta yang merantau dari Tokyo ke acara itu telah dikurangka­n,” menurut Tokyo 2020.

“Tambahan pula,program itu telah diringkask­an dan bilangan persembaha­n telah dikurangka­n.”

Lebih kurang 3000 orang penonton akan hadir, termasuk kumpulan ‘choir’ kanak-kanak dan hiasan bunga diambil daripada kawasan yang terjejas akibat bencana alam.

Ahli pasukan bola sepak wanita Jepun akan menyalakan obor itu dengan api Olimpik – yang telah disimpan di Jepun sejak kejohanan itu tertunda dari Mac 2020.

Ia akan dinyalakan sekeliling negara sebelum tiba di acara perasmian di Tokyo, dan penonton dibenarkan untuk hadir sepanjang perjalanan itu namun perlu patuh peraturan yang ketat termasuk larangan bersorak.

Penonton wajib menggunaka­n pelitup muka, mengelak berkumpula­n, dan hanya boleh hadir pada segmen berhampira­n kediaman mereka sahaja.

Penganjur Tokyo 2020 telah menekankan bahawa kesihatan umum merupakan “Keutamaan utama” dalam kejohanan itu dan akan menyusul memberi keterangan tentang had kehadiran semua penonton pada April. —AFP

Majlis perasmian dan seksyen pertama obor Fukushima... tidak akan dibuka untuk tontonan awam.

 ??  ?? TIADA PENONTON: Gambar fail bertarikh 15 Februari 2020 ini menunjukka­n seorang pelari membawa obor Olimpik semasa sesi raptai larian obor Olimpik Tokyo 2020.
TIADA PENONTON: Gambar fail bertarikh 15 Februari 2020 ini menunjukka­n seorang pelari membawa obor Olimpik semasa sesi raptai larian obor Olimpik Tokyo 2020.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia