Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola gesa anak buahnya untuk fokus kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini setelah mara ke saingan suku akhir

-

BUDAPEST: Pep Guardiola memberitah­u anak buahnya di Manchester City untuk melupakan kekalahan mereka dalam Liga Juara-Juara yang terdahulu selepas mereka melangkah ke suku akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Borussia Moenchengl­adbach pada perlawanan Selasa dengan agregat 4-0.

Trofi kejohanan Liga Juara-Juara telah sekian lama sukar didapati Guardiola dalam lima tahun membimbing Manchester setelah pasukan itu tidak pernah mara ke lapan akhir.

Namun pendahulu Liga Perdana itu akan mendapat peluang untuk layak bulan hadapan selepas menunjukka­n kebolehan dalam permainan dengan prestasi menakjubka­n di Budapest, yang mana mereka menjadi tuan rumah kepada keduadua perlawanan oleh kerana larangan perjalanan antara England dan Jerman.

Gol pembuka oleh Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan menimbus harapan kumpulan lawan Jerman untuk menentang apabila City merekodkan kemenangan ke 24 daripada 25 sepanjang kejohanan ini.

“Peristiwa yang berlaku sebelum ini sudah berlalu,” kata Guardiola, yang merangkul trofi Liga Juara-Juara dua kali ketika membimbing Barcelona, namun tidak berjaya mengulangi kejayaan itu ketika melatih Bayern Munich atau City.

“Dengan satu keputusan buruk di suku akhir, dan hanya beberapa minit yang buruk akan menghukum kamu. Sekarang ialah masa yang terbaik di Eropah. Setiap kali kualiti kami meningkat dan harap-harap kami dapat mengekalka­n keadaan ini.”

Setelah pemain utama pasukan tuan rumah De Bruyne dan Gundogan tidak turun padang pada hari Sabtu dalam permainan yang dimenangi mereka 3-0 di Fulham, City muncul dengan tangkas dalam permulaan permainan.

De Bruyne berjaya merembat masuk gol pembuka dari luar kotak pertahanan seawal minit ke-12.

Enam minit kemudian Phil Foden mara daripada hujung ke hadapan padang dan mengumpan bola kepada Gundogan yang berada di belakang barisan pertahanan Gladbach yang lalu menyempurn­akan gol ke-15 beliau musim ini.

“Permulaan itu sangat membantu,” ulas De Bruyne.

“Kami bersabar pada mulanya namun kemudian menjaringk­an dua gol memberi kami kelebihan apabila meyedari mereka perlu berusaha gigih lagi. Saya rasa kami yang mengawal permainan.”

Gladbach kini telah kalah kesemua tujuh permainan sejak jurulatih Marco Rose mengumumka­n beliau bakal meninggalk­an pasukan itu untuk Borussia Dortmund pada hujung musim ini.

Kelemahan barisan pertahanan City sebelum ini telah mengakibat­kan mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara di bawah jagaan Guardiola.

Mereka ditundukan dengan enam gol kepada Monaco dalam dua perlawanan pada 2017, lima kepada Liverpool tahun selepasnya, empat kepada Tottenham dalam 2019 dan kekalahan mengejutka­n 1-3 kepada Lyon musim lepas semasa perlawanan sekali di Lisbon.

Walau bagaimanap­un, dengan kehadiran Ruben Dias, telah mengubah anak didik Guardiola menjadi kumpulan mantap musim ini setelah mereka kekal mendahului dalam keempatemp­at Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA, dan Piala Liga.

City kini merekodkan tujuh kemenangan cemerlang berturut-turut sepanjang Liga Juara-Juara.

“Kami tidak dapat menafikan bahawa Ruben dan John (Stones) telah melonjakka­n kedudukan kami sepasukan,” tambah Guardiola.

“Tetapi kami masih memerlukan semua pemain. Kesemuanya banyak memainkan peranan, yang penting kami faham untuk mempertaha­nkan bola.”

Dengan tiada kesebelasa­n utama yang diusung keluar padang akibat kecederaan, Guardiola berkelebih­an untuk membuat pilihan dan ini mungkin tahun yang terbaik buat City untuk memecah masuk ke kejohanan besar Eropah.

Fernandinh­o, Oleksandr Zinchenko, Aymeric Laporte, Sergio Aguero dan Raheem Sterling dikeluarrk­an dari bangku dalam separu hmasa kedua untuk memberi peluang kepada Dias, Joao Cancelo, Gundogan, Rodrigo dan Bernardo Silva untuk berehat untuk perjalanan Sabtu ini ke Everton dalam suku akhir Piala FA.

Semasa itu barulah City akan tahu saingan mereka seterusnya dalam Liga JuaraJuara. Kini, mereka merupakan pasukan yang dielak dalam permainan suku akhir pada Jumaat. — AFP

SAINGAN RANCAK:

Peristiwa yang berlaku sebelum ini sudah berlalu.

 ??  ?? Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Manchester City dan Borussia Moenchengl­adbach di Puskas Arena di Budapest.
Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua 16 akhir Liga Juara-Juara di antara Manchester City dan Borussia Moenchengl­adbach di Puskas Arena di Budapest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia