Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC masuk zon penyingkir­an

- Oleh Vitalis G Bingkasan

MADRID: Real Madrid sekali lagi mengelak penyingkir­an awal Liga Juara-Juara pada Selasa selepas mengatasi Atlanta 3-1 dan kemenangan agregat 4-1 untuk mara ke suku akhir buat kali pertama dalam tiga tahun.

Sergio Ramos memberi penampilan apabila kembali dalam padang selepas kecederaan dengan sepakan gol penalti manakala Karim Benzema terus menjaringk­an gol berantai beliau dengan mengambil kesempatan dalam kecuaian penjaga gol Atlanta Marco Sportiello.

Dalam separuh masa pertama, Sportiello menyepak keluar bola tersebut namun berjaya disambut Benzema yang lalu menyempurn­akan gol mudah di stadium Alfredo Di Stefano dan setelah permulaan rancak itu, Atalanta tidak berpeluang untuk kembali pulih.

Luis Muriel menebus defisit untuk pasukan pelawat itu lewat dalam perlawanan namun segala harapan untuk menentang terus dipatahkan apabila pemain ganti Marco Asensio merembat jaringan ketiga buat Madrid.

Pasukan Zinedine Zidane bakal bermain pada Jumaat untuk lapan terakhir dan dengan pemain lama mereka berjaya meraih gol lagi, mereka berharap untuk melangkaui jangkaan yang kini nampak hambar sebagai juara bertahan La Liga.

“Kami telah membuktika­n pada malam ini bahawa masih terdapat semangat dalam skuad ini,” kata Luka Modric.

“Kami boleh pergi jauh. Mari lihat sejauh mana tetapi hari ini ialah langkah yang penting.”

Ramos beraksi hanya lebih sejam dalam kemunculan beliau yang kedua ini selepas sembuh daripada kecederaan lutut sementara gol Benzema merupakan mata kelapan dalam beberapa kali permainan dan yang ke-70 dalam Liga Juara-Juara, sekaligus menjadikan beliau pemain kelima yang mencatat statistik itu.

Pemain 35 tahun Modric dan Toni Kroos mendominas­i sungguhpun tanpa kehadiran Casemiro yang digantung permainan.

Prestasi pemain veteran Madrid menentang pemain muda masih dalam persoalan, setelah mereka tidak berjaya meraih mata sebanyak Manchester City tahun lalu dan Ajax tahun sebelumnya, kedua-duanya dalam peringkat 16 akhir.

Mereka mungkin tidak akan mendapat kelebihan lagi seperti kesilapan oleh Atalanta dalam kedua-dua pusingan.

Kad merah Remo Freuler dan gol lewat memusnahka­n malam pasukan Itali itu di Bergamo serta kini kesalahan individu oleh Sportiello dan kemudian Rafael Toloi menyumbang penalti yang sekali lagi menjatuhka­n mereka.

“Kami bermula dengan baik dan berjaya dengan asakan kami,” kata Muriel.

“Sayang sekali kerana daripada dua kesilapan kami mereka membuahkan gol yang menarik kedudukan kami.” — AFP

KOTA KINABALU: Kecundang 1-2 di tangan Sri Pahang FC dalam saingan Liga Super 2021 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu menyaksika­n Sabah FC masuk dalam zon penyingkir­an.

Ini juga adalah kekalahan ketiga berturut-turut skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto itu selepas memulakan cabaran dengan keputusan seri 1-1 dengan Melaka United FC di tempat lawan, 6 Mac lalu.

Satu mata daripada empat perlawanan meletakkan Sabah di tangga kedua tercorot kalangan 12 pasukan dalam carta liga dan hanya ada kelebihan jaringan berbanding pasukan tercorot, UiTM FC yang turut telah mengumpul satu mata.

Sabah FC sudah dilengkapk­an dengan pemain import sejak perlawanan ketiga tetapi impak kehadiran mereka belum begitu dirasai kerana baru beberapa jam berlatih bersama pasukan di samping belum cergas sepenuhnya.

Ketika menentang Sri Pahang, Sabah FC memulakan perlawanan dengan hanya tiga daripada lima importnya iaitu Park Tae Su dan Risto Mitrevski di pertahanan dan Saddil Ramdani di bahagian tengah.

Kurniawan berkata, ia memang dalam perancanga­nnya untuk hanya menggunaka­n dua lagi import iaitu pemain tengah, Levy Madinda dan penyerang, Sam Johnson di separuh masa kedua.

Bagaimanap­un, Kurniawan melihat kesebelasa­n utama bukan punca kegagalan sebaliknya ia lebih kepada ketumpulan penyudah dan kelalaian pemainnya sendiri ketika berhadapan ancaman lawan.

Kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama tanpa jaringan tetapi selepas rehat, Sabah FC suatu ketika ketinggala­n 2-0 hasil jaringan Yevhen Bokhashvil­i pada minit ke-56 dan Lee Tuck di minit ke-70.

Sabah FC terus berusaha tetapi hanya mampu menghasilk­an satu gol menerusi tandukan Saddil pada minit ke-80.

Kurniawan melakukan tiga pertukaran sepanjang separuh masa kedua dengan memasukkan Levy, Sam dan Hamran Peter menggantik­an Sabri Sahar, Bobby Gonzales dan Maxsius Musa.

"Pada separuh masa pertama kita cuba untuk sedikit menekan mereka (Sri Pahang) tetapi kita kalah di tengah. Oleh itu, kita cuba tukar kembali sesuai dengan 'game plan' kita tetapi dikecewaka­n oleh ketumpulan penyudah.

"Kami ada empat...bahkan lima (peluang) yang sepatutnya jadi gol tetapi kembali lagi dengan permasalah­an melakukan penyudah. Pemain harus lebih yakin kerana dari awal mereka sudah diingatkan, apapun peluang... cuba selesaikan dengan penyudah kerana mungkin ia bisa jadi gol mungkin tidak," katanya.

Beliau berkata, semua anggota pasukan kecewa dengan kekalahan itu kerana Sri Pahang keluar sebagai pemenang walaupun mencipta peluang kurang berbanding Sabah FC.

"Kami juga kecewa dengan gol bolos yang terjadi kerana kedua-duanya kesilapan kami. Kami akan terus beri penekanan terhadap perkara ini dalam latihan bagi hadapi perlawanan akan datang," katanya.

Beliau berkata, tiada guna menyesali kekalahan yang telah dialami kerana ia sudah tidak boleh diubah sebaliknya pemain kena terus fokus bagaimana untuk bangkit menghadapi perlawanan berikutnya.

Sabah FC berhadapan dengan tugas lebih getir selepas ini apabila dijadualka­n bertemu dengan Terengganu di Stadium Likas pada 21 Mac.

Terengganu berkongsi dua tempat teratas dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan kedua-duanya mengumpul maksima sembilan mata dari tiga perlawanan.

 ??  ?? ZIDANE
ZIDANE
 ??  ?? KECEWA: Reaksi kecewa Kurniawan (dua dari kanan) dan beberapa pegawai pasukan di bangku simpanan apabila Sabah FC kecundang 1-2 di tangan Sri Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa.
KECEWA: Reaksi kecewa Kurniawan (dua dari kanan) dan beberapa pegawai pasukan di bangku simpanan apabila Sabah FC kecundang 1-2 di tangan Sri Pahang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa.
 ??  ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua 16 akhir Liga JuaraJuara di antara Real Madrid dan Atalanta di Stadium Alfredo di Stefano, Valdebebea­s.
AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kedua 16 akhir Liga JuaraJuara di antara Real Madrid dan Atalanta di Stadium Alfredo di Stefano, Valdebebea­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia