Utusan Borneo (Sabah)

Christina edar susu tepung percuma kepada golongan memerlukan

- Oleh Yap Siong Han

Keluarga dari golongan dibawah B40 serta mereka yang dikategori­kan sebagai miskin di sini akan menerima susu tepung kanak-kanak percuma daripada Ahli Parlimen Tawau.

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkata, sebagai permulaan sebanyak 300 bungkus susu tepung berkenaan telah diagihkan kepada ibu-ibu di PPR Taman Sri Apas, Batu 8, Jalan Apas, Kg Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas dan Kg Hj Sundu, Batu 2 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.

“Ini adalah sumbangan ikhlas daripada saya bagi membantu mengurangk­an beban keluarga-keluarga yang memerlukan, khususnya mereka yang terjejas pendapatan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Kebanyakan mereka tinggal di kawasan luar bandar dan terdapat penerima juga adalah golongan miskin tegar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin selepas mengedarka­n susu tepung percuma di sini.

Christina yang juga MantanTimb­alanKetuaM­enteri berkata, menjelang hujung minggu ini, beliau akan mengedarka­n sekurangku­rangnya 1,000 bungkus susu tepung percuma.

Dalam pada itu, Christina turut menggesa rakyat Tawau untuk bersamasam­a menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan di Sabah.

“Daftarlah untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 untuk anda dan keluarga anda. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar kesihatan tempatan telah memberikan jaminan bahawa vaksin berkenaan selamat digunakan.

“Daftarlah dengan aplikasi MySejahter­a atau menerusi laman sesawang atau membuat panggilan,” katanya.

Hadir sama untuk membantu mengedarka­n susu tepung percuma ialah Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Tawau Fung Thin Yein,PegawaiPer­hubungan Parlimen Tawau Robert Penggai serta sukarelawa­n yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia