Utusan Borneo (Sabah)

Harapan Pekan Karakit jadi daerah penuh Banggi

-

Dengan populasi tidak kurang 30,000 dengan keluasan 440 kilometer persegi, Pulau Banggi merupakan pulau terbesar di Malaysia terletak di dalam kawasan daerah Kudat Sabah.

Ia kini menjadi salah sebuah lokasi perlancong­an yang menarik pelancong domestik kerana tarikan kecantikan air laut dan hutan flora dan faunanya yang masih dara.

Pulau yang hanya boleh dihubungi dengan perhubunga­n laut mengunakan bot penambang iaitu feri dan bot laju kini pesat membangun dan menjadi salah satu kawasan pilihan raya iaitu yang dinamakan DUN Banggi.

Dibuka pada sekitar tahun 60an, kini Pulau Banggi mempunyai pentabdira­n di bawah Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM), negeri Sabah di bawah DUN Banggi.

Baru-baru ini, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM), ibu pejabat telah membuat lawatan kerja ke UPPM pulau Banggi bagi meninjau pentabdira­n serta memantau cara kerja penjawat awam di unit berkenaan.

Lawatan kerja yang diketuai olehSuraya Asek selaku Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM), Ibu Pejabat UPPM Negeri bersama kakitangan­nya turut menerima penerangan ringkas mengenai kedudukan pulau berkenaan daripada Akram Ismail yang merupakan PPM DUN Banggi.

Terdapatbe­berapamakl­um balas yang dihadapi oleh para penduduk pulau berkenaan terutama isu tambang dari pulau ke bandar Kudat.

Bayangkan bagi tambang dua hala sejumlah RM56 bagi pergi balik bagi seorang penumpang dengan hanyak jarak 32 kilometer sahaja.

Itu antara bebanan yang mereka utarakan pada sesi lawatan UPPM ke kawasan yang rata-rata pendudukny­a bergantung kepada sumber pertanian dan perusahaan di laut.

Menurut Suraya, keperluan penduduk di pulau berkenaan amat mendesak dan memerlukan perhatian.

Lawatan kerja dua hari ke Pulau Banggi dari Kota Kinabalu ke Kudat dan menaiki feri penambang ke Pulau Banggi.

Penduduk kampung Banggi antara lain memohon untuk diberikan subsidi tambang kerana kos tambang bot penambang terlalu mahal bagi mereka dan menyukarka­n gaya hidup masyarakat pulau untuk berulang alik dari pusat bandar ke pulau berkenaan.

Jika ada bantuan subsidi membolehka­n warga pulau dapat memasarkan hasil pertanian mereka secara terus ke kawasan bandar Kudat.

Melihat kepada keperluan penduduk yang masih berada di garis kemiskinan itu adalah wajar masalah mereka diberikan perhatian.

Bagi PPM Akram yang juga mantan calon PRN 16 Sabah itu, mahu melihat Pekan Karakit yang kini didiami lebih 2,000 penduduk serta memiliki kemudahan awam ke arah sebuah daerah penuh Banggi.

“Itulah hasrat saya mahu Pekan Karakit Banggi menjadi sebuah daerah penuh dalam tempoh terdekat. Harapan saya ini juga menjadi harapan semua warga pulau ini,” katanya.

Pulau berkenaan yang dibuka selepas merdeka iaitu sekitar tahun 60an, mengalami proses pembanguna­n yang agak perlahan.

Sehubungan itu, Akram mempelawa usaha kerajaan untuk membangunk­an kawasan berkenaan dengan pelbagai kemudahan lagi terutama membangunk­an sektor pelanconga­n sehingga bertaraf antarabang­sa.

“Pulau Banggi ini mempunyai tarikan yang sangat unik Kita mempunyai lokasi pantai yang indah dan pasirnya kehitaman.

“Bentuk muka buminya yang sangat menarik. Ditambah lagi pulau ini banyak sejarah-sejarah yang menarik untuk diceritaka­n,” katanya.

Mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu SMK Banggi dan empat belas buah sekolah rendah serta kemudahan seperti Klinik Desa, Hospital serta Pejabat Daerah Kecil Banggi telah memacu daerah kecil itu sebaris dengan kepesatan sebuah kawasan Pekan Karakit yang menjadi tumpuan warga pulau berkenaan.

 ??  ?? ROMBONGAN: UPPM ibu pejabat bersama kakitangan UPPM Banggi.
ROMBONGAN: UPPM ibu pejabat bersama kakitangan UPPM Banggi.
 ??  ?? INDAH: Pemandanga­n Pekan Banggi dari arah laut.
INDAH: Pemandanga­n Pekan Banggi dari arah laut.
 ??  ?? SOALAN: Seorang kakitangan UPPM Banggi mengajukan soalan ketika pertemuan itu.
SOALAN: Seorang kakitangan UPPM Banggi mengajukan soalan ketika pertemuan itu.
 ??  ?? BINCANG: Suraya berbincang dengan PPM Akram.
BINCANG: Suraya berbincang dengan PPM Akram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia