Utusan Borneo (Sabah)

Impian penduduk nikmati kemudahan infrastruk­tur selesa jadi realiti

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Pelaksanaa­n pelbagai kemudahan infrastruk­tur yang amat dinantikan penduduk beberapa kampung di sini menunjukka­n Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah naungan Perikatan Nasional (PN) amat mengerti terhadap denyut nadi rakyat.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, aduan terhadap keadaan jalan daif di Kg Bingkor Lama, Bunsit, Tinunun Bandukan dan sekitar kini siap sepenuhnya.

“Kita telah berusaha memenuhi kehendak rakyat dan ternyata Kerajaan GRS amat mengambil berat serta komited terhadap keperluan rakyat,” katanya.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata demikian ketika mengiringi lawatan Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Moktar Radin yang juga Menteri Kerja Raya di sini.

Turut dilawati ialah Jalan Bunga Raya Kikiran, Jalan Minansut Tangkongon Bingkor, Loji Air Bingkor, Projek Pemasangan Paip Air ke Kg Bandukan Lama dan Jalan Patikang Tengah.

Pengerusi JPKK Kg Tinunun Jaulis Zeno Lian Ginanda turut melahirkan rasa syukur terhadap usaha Robert memperoleh peruntukan untuk penyelengg­araan dan naik taraf jalanjalan berkenaan termasuk di kampungnya.

Dalam lawatan itu, Bung turut mengumumka­n peruntukan RM10 juta projek naik taraf jalan Bunga Raya Kikiran yang akan dilaksanak­an tahun ini.

Selain itu Bung berkata, kementeria­annya telah meluluskan peruntukan pembinaan jajaran paip baharu Kg Bandukan Lama berjumlah RM9 juta bagi membekal 5 MLD (0.5) juta liter air sehari.

Sementara itu ‘low level crossing’ di Mongitom, Minansut dan Sungai Liawan di Kg Dangulad juga akan dinaik taraf menjadi jambatan konkrit, manakala jalan Minansut sejauh 1.5 kilometer juga dalam perhatian untuk dinaik taraf.

Bersama Robert dalam tinjauan itu ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Junior Fred Vincent Marukau.

 ??  ?? SELESA: Robert, Junior dan rombongan meninjau jalan yang sedang diselengga­ra.
SELESA: Robert, Junior dan rombongan meninjau jalan yang sedang diselengga­ra.
 ??  ?? NAIK TARAF: Robert meninjau jalan yang telah siap sepenuhnya.
NAIK TARAF: Robert meninjau jalan yang telah siap sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia