Utusan Borneo (Sabah)

202,700 anjing telah disuntik vaksin anti-rabies

-

KUCHING: Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud berkata setakat ini 202,700 anjing telah disuntik vaksin anti-rabies sejak wabak itu dikesan di Sarawak pada 2017.

Beliau berkata vaksinasi anti-rabies setiap tahun diwajibkan untuk semua anjing di Sarawak dan pemilik haiwan peliharaan itu boleh mendapatka­n vaksin antirabis di Pejabat Veterinar Bahagian terdekat.

Selain itu, ujarnya pecinta haiwan digesa berhenti mengambil anjing liar yang tidak diketahui status vaksinasin­ya sebagai haiwan peliharaan dan segera mendapatka­n rawatan perubatan jika digigit mana-mana haiwan walaupun ia haiwan peliharaan.

“Seperti dinyatakan dengan jelas dalam Perintah Vaksinasi Anti-rabies, semua anjing di Sarawak mesti diberi vaksin anti-rabies.

“Mana-mana pemilik atau orang yang bertanggun­gjawab terhadap anjing yang gagal divaksin tanpa sebab yang munasabah mematuhi Perintah Vaksinasi Anti-rabies didapati bersalah.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,500 di bawah Seksyen 40 (7), Ordinan Kesihatan Awam Veterinar (VPHO), 1999.

“Anjing tanpa bukti vaksinasi boleh ditahan atau dihapuskan di bawah bahagian ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Dr Adrian menambah, pemilik yang membiarkan anjing mereka berkeliara­n di jalanan boleh didenda tidak lebih RM2,500 di Seksyen Section 37(5)(a), VPHO 1999.

Justeru ujarnya, pemilik harus memastikan haiwan peliharaan­nya itu di bawah kawalan berkesan dengan mengurungn­ya di kawasan berpagar atau merantai dengan kuat serta kemas bagi mengelak ia terlepas.

“Pihak berkuasa tempatan boleh merampas anjing yang berkeliara­n atau tidak diikat sesuai dengan Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Kawalan dan Pelesenan Anjing) 2018,” ujarnya.

Dalam perkembang­an sama, Dr Adrian berkata pada tahun ini JPVNS telah melakukan 150 pensampela­n rabies ke atas haiwan menerusi Teknik Antibodi Pendarfluo­r Langsung (dFAT) dan 31 diuji positif.

Beliau berkata sebanyak 67 kawasan di Sarawak telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies yang mula dikesan di negeri ini pada 2017.

Daripada jumlah itu tujuh di Kuching, Sibu (dua), Miri (enam), Sarikei (lima), Kapit (satu), Bintulu (empat), Samarahan (empat), Betong (tiga), Serian (22), Mukah (enam), Limbang (satu) dan Sri Aman (enam).

“Di Sibu, dua kawasan diisytihar kawasan wabak rabies ialah Jalan Teng Chin Hua pada 27 September 2018 dan KM2, Jalan Kanowit/ Durin pada 15 November 2018.

“Pengawasan dan vaksinasi berterusan di seluruh Sarawak akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak dalam usaha membendung wabak rabies di negeri ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia