Utusan Borneo (Sabah)

Kolej IBS Miri rangkul penarafan MyQuest 6 bintang kali kedua

-

MIRI: Kolej IBS Miri melakar sejarah kali kedua apabila dianugerah­kan MyQuest 2018/2019 penarafan 6 Bintang berturut-turut daripada Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia pada tahun ini.

Terdahulu, Kolej IBS Miri juga menerima penarafan yang sama.

Penarafan daripada KPT MyQuest 6 Bintang ini membuktika­n Kolej IBS Miri juga mampu berdaya saing serta mengekalka­n momentum dinamik memacu pendidikan di peringkat pengajian tinggi kepada pelajar.

Penarafan yang tertinggi ini hanya diberikan kepada 14 institusi terpilih di seluruh Malaysia amnya dan dengan bangganya juga memaklumka­n di utara Sarawak, Kolej IBS adalah satusatuny­a kolej yang mendapat penarafan yang berprestij ini.

Di kesempatan ini juga, Pengerusi Kolej IBS Miri Dr Antony Hii mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga kerja, pensyarah, rakan industri dan pelajar atas kejayaan ini.

Untuk makluman, Kolej IBS Miri juga kini membuka pengambila­n pelajar untuk sesi April, Mei, Julai dan September.

Ia menawarkan pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana.

Untuk keterangan lanjut, ibu bapa dan para pelajar boleh terus menghubung­i talian utama Kolej IBS Miri 085-438666 atau hubungi secara langsung Pegawai Program Kaunselor Kolej IBS Miri Ricky (012-8991207), Jack Sie (016-2592466), Kenji (013-8652138), Alvester (0113196528­1) atau Karen (0145974403).

Para pelajar juga boleh menghantar permohonan melanjutka­n pengajian di laman sesawang www.ibs.edu.my atau e-mel di info@ibs.edu. my/marketing@ibs.edu.my.

 ??  ?? ANUGERAH: Pengetua Kolej IBS Miri Dr Lau Pun Lee menunjukka­n anugerah MyQuest 2018/2019 daripada Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia.
ANUGERAH: Pengetua Kolej IBS Miri Dr Lau Pun Lee menunjukka­n anugerah MyQuest 2018/2019 daripada Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia