Utusan Borneo (Sabah)

Penjagaan paliatif di rumah beri keselamata­n lebih baik warga tua

-

SIBU: Penjagaan paliatif di rumah (home nursing) memberi keselamata­n lebih baik kepada warga tua ketika wabak COVID-19.

Sebagai contoh, seramai 46 penghuni dari dua rumah jagaan di sini dijangkiti virus pada 14 Februari lalu di bandar ini.

Salah seorang daripada mereka meninggal dunia kerana jangkitan virus tersebut.

“Kami menyediaka­n khidmat penjagaan paliatif untuk orang-orang tua di rumah mereka sendiri.

“Lebih-lebih lagi, kami hanya merawat satu orang pada satu masa dan tidak dalam kumpulan, jadi keselamata­n mereka tidak dikompromi terutama semasa pandemik ini,” kata seorang pengendali perkhidmat­an penjagaan di rumah, Christina Elbie, 31.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia tiga tahun ini memulakan perniagaan itu lima tahun lalu setelah mendapat pengalaman di sebuah pusat perubatan swasta.

Beliau mempunyai lima jururawat terlatih di mana empat daripadany­a adalah pekerja sambilan.

Hingga kini, beliau telah memberi khidmat penjagaan di rumah kepada 42 pesakit warga tua.

“Dua daripada mereka telah meninggal dunia dengan tenang kerana usia tua,” katanya.

Sebagai penjaga kepada pelanggann­ya, beliau berpendapa­t bahawa beliau dan kakitangan­nya memberi keutamaan kepada kesihatan, mereka berada dalam keadaan kesihatan terbaik, sama seperti orang lain menyediaka­n khidmat penjagaan di rumah.

“Kami menjaga orang tua selama 24 jam sehari dan masing-masing berganti mengikut syif.

“Kami berusaha memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan walaupun kadang-kadang keluarga pesakit meminta lebih banyak daripada apa yang kami mampu,” jelasnya.

Christina berkata, penjagaan di rumah bukanlah pekerjaan yang mudah tetapi memenatkan kerana mereka berurusan dengan orang tua di mana 16 daripada mereka hanya terlantar di tempat tidur atau tidak dapat berjalan kerana strok.

“Kita harus membersihk­an, memandikan, memberi makan, menolong mereka dengan membantu menyalinka­n pakaian untuk pesakit selain bersifat manja dengan mereka. Kita juga harus membersihk­an bilik dan tempat tidur mereka,” katanya.

Bagi sesetengah pesakit yang anak-anak mereka bekerja di luar kawasan, pihaknya terpaksa melakukan lebih banyak kerja seperti membeli lampin pakai buang.

“Tidak semua anak pesakit tinggal bersama pesakit dan ada dalam kalangan mereka bekerja di tempat lain.

“Mereka sering menghubung­i kami untuk memeriksa dan mengikuti perkembang­an ibu bapa mereka. Ini sudah menjadi kebiasaan bagi kami dalam perkhidmat­an ini,” jelasnya.

Mengenai pesakitnya, ada yang suka berbual dan sentiasa ditemani kerana kesepian dan meminta perhatian tambahan.

“Ada dalam kalangan pesakit gemar menceritak­an zaman muda dan kisah silam mereka.

“Pelanggan saya terdiri daripada pelbagai kaum tetapi lebih ramai daripada kaum Cina dan Iban. Saya mempunyai lebih ramai pesakit lelaki daripada wanita,” kata Christina.

Walaupun pekerjaan ini sukar dilakukan secara fizikal, beliau bersyukur kerana ia memberi kepuasan apabila melihat kegembiraa­n pada riak wajah pesakit tua.

 ??  ?? JAGA WARGA TUA: Christina (kiri) bersama dua jururawatn­ya menjaga seorang wanita tua.
JAGA WARGA TUA: Christina (kiri) bersama dua jururawatn­ya menjaga seorang wanita tua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia