Utusan Borneo (Sabah)

PCSB sumbang keperluan perubatan kepada pekerja kesihatan, anggota penguat kuasa

-

MIRI: Syarikat minyak nasional, Petronas melalui anak syarikatny­a Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) semalam menghulurk­an sumbangan keperluan perubatan kepada kira-kira 600 pekerja kesihatan dan anggota penguat kuasa yang terlibat dalam program vaksinasi COVID-19 di Miri.

Sumbangan itu termasuk 4,500 keping pelitup separuh muka, 1,400 keping sarung tangan, 500 set pakaian pembedahan dan apron pakai buang, penutup kasut kepala dan pelindung muka, 70 botol cecair pembersih tangan serta lebih daripada 2,000 botol air mineral.

PCSB menyampaik­an sumbangan tersebut kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pegawai penguat kuasa Pejabat Residen Miri, pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri serta pekerja kesihatan di Hospital Miri semalam.

Sumbangan diserahkan oleh Pengurus Besar Kanan PCSBBahagi­an Minyak Sarawak Morris Mail.

“Sempena pelancaran Program Vaksinasi COVID-19 negara di Miri, kami turut memainkan peranan kami menyumbang kepada pasukan keselamata­n termasuk pegawai dan pekerja kesihatan yang bertugas sepanjang program ini.

“Melalui sumbangan ini, kamu mahu memastikan pasukan petugas barisan hadapan kita mempunyai alat pelindung yang mencukupi dan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

“Kami benar-benar berterima kasih kepada petugas barisan hadapan ini yang telah bekerja sepanjang masa dan mempertaru­hkan kesihatan mereka untuk mengekang penularan COVID-19.

“Inilah komitmen kami untuk membantu meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat, terutama pada masa-masa yang mencabar ini. Keutamaan kami juga adalah dalam aspek kesihatan dan keselamata­n pekerja kami dan masyarakat sekitar tempat kami beroperasi,” tambahnya.

Sumbangan itu katanya, melengkapk­an lagi inisiatif oleh Petronas melalui cabang tanggungja­wab sosial korporatny­a iaitu Yayasan Petronas dan juga sumbangan kumpulan lain dalam menangani wabak dan memastikan persiapan yang mencukupi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia