Utusan Borneo (Sabah)

Farah Ann sekali lagi lakar sejarah

Letak sinar generasi genius Malaysia ke dalam peta dunia

- Oleh Henry Bating MENYANYI: Farah dalam kategori seni suara.

KENINGAU: Selepas melakar sejarah sebagai penerima dua anugerah dunia di China, Farah Ann Beaty, 16, dari Keningau sekali lagi meletakkan sinar Malaysia ke dalam peta dunia melalui rancangan reality The Internatio­nal Mango Channel di Changsa Hunan, China.

Sebelum ini, pelajar berketurun­an Kadazan Dusun Murut itu menerima dua anugerah China berprestij dunia, ‘The World’s Top Ten Most Potential Star Model Award’ dan ‘The World

Top Ten Most Photogenic Modal Award’ juga di Hunan China.

“Farah menulis perkataan ‘bahagia’ dalam tulisan Jawi, sekali gus menobatkan remaja berdarah KDM dari Keningau Sabah itu sebagai antara pelajar genius dunia,” umum pembawa acara program realiti itu.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Ken Hwa Keningau itu merupakan anak pasangan Peter Beaty Fred dan Annie Thien, bukan beragama Islam.

Tulisan Jawi digunakan sebagai tulisan utama di Malaysia lebih seribu tahun sebelum berubah kepada tuisan rumi, di mana sebahagian besar perjanjian antara kesultanan di Tanah Melayu dengan kerajaan British menggunaka­n tulisan Jawi.

“Farah telah melakukan tugas yang sangat terpuji dan kerajaan Malaysia seharusnya memberi penghargaa­n besar… dia (Farah bukan beragama Islam) tetapi memiliki jati diri Malaysia,” komen sebahagian besar netizen yang merujuk pendapat Pakar Perlembaga­an Universiti Teknologi Malaysia Dr. Muhamad Fathi Yusof.

Pendapat ilmuan itu diterbitka­n omY Metro pada 5 Januari 2020 sebagai sebahagian daripada apa yang dilakukan Farah sematamata untuk mempertaha­nkan martabat tulisan paling tua di Malaysia itu di pentas dunia.

Belum lama ini, Farah juga telah mencipta rekod apabila dipilih sebuah stesen televisyen Malaysia (Radio Televesyen Malaysia – RTM) untuk mengisi program realtiti i-GEN yang bakal disiarkan dalam tempoh terdekat.

Rancangan i-GEN menampilka­n individu-individu terpilih yang hanya mencipta kecemerlan­gan dan kejayaan di peringkat dunia.

“Farah merupakan antara individu dalam barisan terpilih itu,” jelas Pengarah Filem rancangan berkenaan, Noorsahar dalam satu interview eksklusif di lokasi penggambar­an yang mengambil sepenuhnya latar di Keningau.

Menurut ibu Farah, bakat seni anaknya mula terserlah sejak di Tadika lagi yang seterusnya menjadi tiket anak bertuah itu menyertai pertanding­an demi pertanding­an nanyian yang rupanya adalah jambatan emasnya merangkul kejayaan di peringkat dunia melalui bakat seni.

Tanggal 28 Julai 2017 merupakan detik pertama Farah menjejakka­n kaki di peta dunia melalui pertanding­an ‘Children’s Star Search Cup China’ di mana adik kecil molek itu merangkul pingat emas selepas menamatkan persaingan 13 siri untuk anugerah kategori ‘Culture and Art Winner Jin Guo’.

Sekali lagi pada 20 Ogos 2018, gadis sunti Peter Beaty dan Annie itu merangkul anugerah Perak melalui pertanding­an ‘Culture and Art Festival’ yang juga dianjurkan di China.

Perjalanan sepanjang tempoh tiga tahun pelajar pintar

MENANG: Farah ditampilka­n bersama rakan pemenang anugerah.

itu meniti kejayaan untuk negara, beberapa pengiktira­fan membanggak­an dicapai.

Antaranya mendapat undangan ke pertanding­an nyanyian anjuran ‘The Shandong Broadcasti­ng and Television’, menyertai ‘Internatio­nal Culture and Art Festival’ anjuran Internatio­nal Mango Channel 2018, menerima anugerah ‘Potential Star’ dan ‘The Best Global Star Award’ bagi kategori peragaan dan modelling.

Kejayaan unggul itu telah menjadi tiket percuma kepada Farah untuk dipilih menyertai program ‘Star Sound Class’ di Beijing, China bagi kaategori vokal terbaik.

Awal 2020, sekali lagi Farah merangkul anugerah berganda emas melalui menyanyi berkumpula­n anjuran CJAT China Beijing dan SFSC China Beijing.

Anak bungsu dari lima beradik itu mencatat kejayaan demi kejayaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, apa yang disifatkan ilmuan sebagai sesuatu yang luar biasa dicapai oleh seorang anak remaja yang membesar sepenuhnya di kawasan pedalaman Sabah.

“Farah membuktika­n satu pencapaian terpuji yang perlu dicontohi, bukan semua remaja mampu melakukann­ya, pencapaian dunia itu marupakan kombinasi yang sangat baik di antara keduadua ibu bapanya,” puji ratarata ilmuan yang diminta mengulas.

 ??  ?? MANDARIN: Farah dalam temu ramah pengacara program realiti China.
MANDARIN: Farah dalam temu ramah pengacara program realiti China.
 ??  ?? KARYA: Antara hasil seni tulisan Farah.
KARYA: Antara hasil seni tulisan Farah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FESYEN: Farah dalam kategori peragaan.
FESYEN: Farah dalam kategori peragaan.
 ??  ?? MENULIS: Farah dalam kategori seni tulisan China dan Jawi.
MENULIS: Farah dalam kategori seni tulisan China dan Jawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia