Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Morten ditambah nilai sebagai Hab Keusahawan­an Morten Walk

-

MELAKA: Identiti Kampung Morten yang terkenal sebagai perkampung­an tradisiona­l Melayu di negeri ini bakal ditambah nilai menjadi hab usahawan yang jangka dapat beroperasi menjelang Oktober depan.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dikenali sebagai Hab Keusahawan­an

Morten Walk bernilai RM8 juta itu akan dibangunka­n dengan kerjasama UDA Holdings Berhad (UDA) di kawasan seluas 1.67 hektar (4.13 ekar) di bandar Melaka.

“Hab ini akan mengetenga­hkan konsep “morden and trendy’ dengan menyediaka­n 100 ruang sewaan untuk usahawan setempat.

“Pembanguna­n hab itu diharap dapat mewujudkan rantaian bekalan atau ekosistem keusahawan di kawasan ini...untuk itu, saya mahu lihat usahawan tempatan merebut peluang dan berniaga di tempat yang menarik dan kondusif dalam usaha meningkatk­an taraf perniagaan masing masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Hab Keusahawan Morten Walk di Kampung Morten di sini semalam. Hadir sama Pengerusi UDA Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Katanya, platform perniagaan berkonsep santai itu menyediaka­n ruang sewaan meliputi lot kedai berbentuk kabin dan lot promosi bagi perniagaan makanan, minuman, fesyen, aksesori, kedai pelbagai dan kedai peralatan teknologi maklumat (IT).

Lebih menarik, hab ini juga terletak di tengahteng­ah bandar Melaka berdekatan dengan tarikan utama pelancong ke Melaka seperti Perkampung­an Tradisiona­l Kampung Morten, Jambatan Kampung Morten, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari.

“Hab ini juga bakal menjadi platform mengukuhka­n pasaran produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan membantu usahawan berpotensi di bawah agensi MEDAC seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Institut Keusahawan­an Negara Bhd (INSKEN) dan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM),” katanya.

Sementara itu, Jalaluddin berkata pembanguna­n berkonsep ‘modern and trendy’ ini diharap menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai usahawan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia