Utusan Borneo (Sabah)

95 peratus dari lebih 6,000 peserta berjaya

Program Agropreneu­r Muda berjaya tingkatkan pendapatan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Unit Agropreneu­r Muda di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mencatatka­n kira-kira 95 peratus daripada lebih 6,000 peserta Program Agroprenue­r Muda di seluruh negara telah berjaya meningkatk­an pendapatan masing-masing.

Pengarah Unit Agropreneu­r Muda, Mohammad Ezri Shamsuddin berkata, menurut kajian peningkata­n pendapatan yang dilakukan tahun lepas mendapati ada pendapatan peserta yang meningkat daripada RM1,000 kepada RM2,000 dan ada yang bertambah daripada RM3,000 kepada RM5,000.

“Sasaran kita adalah peningkata­n pendapatan peserta sama ada 50 peratus ataupun 100 peratus daripada pendapatan sedia ada. Jika dilihat daripada hasil kajian itu, kita boleh lihat keberkesan­an Program Agropreneu­r Muda sejak ia dilancarka­n pada 2016.

“Malah, kita juga mempunyai beberapa orang ikon sendiri dan ada di antara mereka yang telah bergelar jutawan dalam sektor pertanian dan sebagainya.

“Dalam masa yang sama, kita juga sedia membantu mana-mana peserta yang gagal dalam program ini dari segi khidmat nasihat dan sebagainya. Ini kerana kita faham bukan senang untuk melalui liku-liku dalam berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Program Klinik Usahawan Agro 2021 Daerah Beluran yang disempurna­kan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Iswan Sonteng di Hotel Livingston di sini semalam.

Untuk rekod, sejak 1 Januari

2016 hingga 24 Disember 2020, seramai 6,969 orang agropreneu­r muda di seluruh negara telah menerima kelulusan Program Agroprenue­r Muda yang keseluruha­nnya berjumlah RM126.23 juta.

Daripada jumlah itu, seramai 6,908 peserta menerima bantuan dalam bentuk geran berjumlah RM121.96 juta, manakala 61 peserta lagi menerima bantuan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM4.26 juta.

Ia melibatkan seramai 2,767 orang bagi sektor tanaman dengan nilai sebanyak RM48.56 juta, diikuti sektor perikanan yang melibatkan seramai 565 orang dengan nilai RM12.37 juta, sektor ternakan melibatkan seramai 1,347 orang dengan nilai RM29.22 juta serta sektor industri makanan melibatkan 2,290 orang dengan nilai RM36.08 juta.

Terdahulu, Iswan dalam ucapan perasmiann­ya berkata program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada usahawan agro di Beluran khususnya berhubung bantuan insentif dan program yang disediakan oleh kementeria­n.

Jelasnya, program itu merupakan salah satu inisiatif kementeria­n untuk menggalakk­an penglibata­n golongan belia dalam sektor pertanian dan industri makanan melalui perkongsia­n dan pendedahan berhubung bantuan insentif dan program yang ditawarkan kepada usahawan yang berminat.

Tambahnya, program itu dilihat dapat membuka peluang kepada kementeria­n untuk berkongsi dengan kumpulan sasar sekaligus memberikan pendedahan berhubung pakej-pakej keusahawan­an yang ditawarkan di bawah MAFI.

“Di Beluran sendiri, seramai 18 orang agropreneu­r muda telah menerima kelulusan Geran Agroprenue­r Muda yang keseluruha­nnya bernilai RM299,000. Oleh itu, program ini kita laksanakan bagi menarik lebih ramai anak muda di luar bandar untuk memberi pendedahan kepada mereka,” jelasnya.

Program Agropreneu­r Muda merupakan satu program khas kepada golongan muda berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun yang bertujuan membantu dan menggalakk­an mereka terlibat dalam sektor agro makanan seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri makanan dan agro pelanconga­n.

MAFI menyediaka­n bantuan Geran Agropreneu­r Muda sehingga RM20,000 selain pakej pembiayaan sehingga RM200,000 melalui Agrobank dan menyediaka­n kursus dan latihan teknikal melalui jabatan dan agensi di bawah kementeria­n.

 ??  ?? RASMI: Iswan melawat kaunter dibuka selepas merasmikan Program Klinik Usahawan Agro 2021 Daerah Beluran di sini semalam.
RASMI: Iswan melawat kaunter dibuka selepas merasmikan Program Klinik Usahawan Agro 2021 Daerah Beluran di sini semalam.
 ??  ?? RUJUK: Para peserta bertemu kakitangan jabatan dan agensi terlibat menerusi Program Klinik Usahawan Agro 2021 Daerah Beluran.
RUJUK: Para peserta bertemu kakitangan jabatan dan agensi terlibat menerusi Program Klinik Usahawan Agro 2021 Daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia