Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin akar umbi mainkan peranan penting

Salur maklumat kepada rakyat pentingnya menerima suntikan vaksin COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pemimpin akar umbi diminta untuk membantu memberikan maklumat kepada rakyat di negeri ini berkaitan kepentinga­n menerima suntikan vaksin COVID-19 yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, pihak kerajaan dalam proses menyalurka­n maklumat mengenai vaksin kepada pemimpin setempat supaya mereka boleh membantu di peringkat kampung.

“Saya berharap pemimpin setempat dapat memainkan peranan menyalurka­n maklumat yang sahih supaya lebih ramai rakyat yang peka untuk menjadi penerima vaksin berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program pengimarah­an Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Tawau anjuran Pejabat Penerangan Daerah Tawau, di sini semalam.

Menurutnya, Sabah merupakan antara negeri yang paling rendah mendaftar untuk menerima vaksin iaitu hanya 9 peratus sahaja sejak kelmarin.

“Jumlah itu sangat membimbang­kan dan kita mahukan untuk fasa kedua akan datang, negeri Sabah akan mencapai sebanyak 270,000 orang mendaftar menerima vaksin.

“Oleh itu, buat masa ini usaha sedang giat dilaksanak­an untuk memberikan maklumat supaya rakyat segera mendaftar di aplikasi MySejahter­a, laman web COVID-19 Kebangsaan, menghubung­i dan datang sendiri ke pusat kesihatan berdekatan,” katanya.

Mengulas mengenai program itu, katanya, PMR yang dilaksanak­an Jabatan

Penerangan Malaysia ini sangat baik supaya rakyat boleh mendapatka­n penerangan dan maklumat yang sahih.

“Banyak maklumat palsu yang berlegar di alam maya dan sekiranya tidak ada usaha untuk menyampaik­an maklumat yang sahih, sudah pasti rakyat mudah terjebak dengan penyebaran berita palsu.

“Inisiatif ini juga akan memudahkan rakyat untuk memperoleh­i rujukan berkenaan program imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dijalankan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Suryady menyeru semua rakyat di negeri ini supaya segera mendaftar menjadi penerima vaksin demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 di Malaysia.

“Tidak perlu takut untuk menerima vaksin kerana ianya sudah disahkan selamat, malah semua pemimpin dan petugas barisan hadapan telah menerima suntikan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Suryady juga turut menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu.

 ??  ?? VAKSIN: Suryady bersama penduduk Kg Tanjung Batu dalam program itu.
VAKSIN: Suryady bersama penduduk Kg Tanjung Batu dalam program itu.
 ??  ?? CENDERA KENANGAN: Suryady menerima cendera kenangan daripada Pejabat Penerangan Tawau.
CENDERA KENANGAN: Suryady menerima cendera kenangan daripada Pejabat Penerangan Tawau.
 ??  ?? RASMI: Suryady (dua kiri) merasmikan program berkenaan.
RASMI: Suryady (dua kiri) merasmikan program berkenaan.
 ??  ?? BANTUAN: Suryady menyampaik­an bakul makanan kepada penduduk Kg Tanjung Batu yang terjejas.
BANTUAN: Suryady menyampaik­an bakul makanan kepada penduduk Kg Tanjung Batu yang terjejas.
 ??  ?? ALBUM: Amir (kiri) dan Supian (dua kanan) bergambar kenangan dengan penghibur busker.
ALBUM: Amir (kiri) dan Supian (dua kanan) bergambar kenangan dengan penghibur busker.
 ??  ?? BERSAMA PENGUNJUNG: Amir (berdiri, tengah), Supian (berdiri, kanan) bersama pengunjung Ramsey Point.
BERSAMA PENGUNJUNG: Amir (berdiri, tengah), Supian (berdiri, kanan) bersama pengunjung Ramsey Point.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia