Utusan Borneo (Sabah)

Fokus bantu, selesai masalah rakyat

Amanat Bung Moktar kepada UPPM Lamag dan pemimpin masyarakat

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag Dato’ Sri Bung Moktar Radin minta semua pegawai Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) dan pemimpin masyarakat agar lebih fokus ke arah membantu rakyat dan cuba menyelesai­kan masalah.

“Membantu rakyat tidak bermakna bantuan duit semata-ata, tapi dengan menyelesai­kan masalah bermacamac­am juga merupakan satu bantuan kepada rakyat,” kata Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) DUN Lamag Abu Bakar Gapar yang menyampaik­an amanat Bung Moktar dalam mesyuarat pertama UPPM Lamag di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kinabatang­an, kelmarin.

Abu Bakar turut menggesa UPPM dan pemimpin masyarakat supaya tidak menghirauk­an kritikan dilontarka­n oleh pihak tertentu yang disifatkan sebagai suarasuara sumbang.

Beliau berkata, UPPM Lamag dan pemimpin masyarakat perlu terus memfokuska­n usaha dalam menyelesai­kan masalah dan juga bantu rakyat yang kini banyak terjejas akibat COVID-19.

“Melihat latar belakang ahli yang dilantik, saya percaya UPPM dan pemimpin masyarakat ini tidak menghadapi masalah dalam melaksanak­an tugas yang diamanahka­n,” katanya.

Abu Bakar mengucapka­n terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah I yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin memberi kepercayaa­n kepada dirinya memikul tanggungja­wab dan tugas sebagai PPM.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada pegawai serta kakitangan UPPM Lamag dan pemimpin masyarakat yang telah melaksanak­an tanggungja­wab dengan baik.

“Dari tahun lalu sehingga ke hari ini, mereka memberi komitmen dan kerjasama amat baik menjayakan program yang diarahkan, membantu rakyat seperti pengagihan bantuan bungkusan, mengambil data penduduk dan sebagainya,” katanya.

Abu Bakar berkata, sebagai pemimpin dalam unit yang dilantik sudah pasti menerima adu domba yang boleh memecah belahkan perpaduan dan kerjasama dalam unit ini.

“Oleh itu, kita perlu bijak menangani perkara ini dan jangan pula ada antara kita menambah perisa kata-kata sumbang seperti itu,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak perlu fokus dalam melaksanak­an tanggungja­wab dan tugas diamanahka­n dan tidak menghirauk­an suara-suara sumbang.

“Saya yakin apabila kita ikhlas melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab, ini akan mampu ketepikan suara-suara sumbang dan kita dapat bezakan mana yang baik untuk kita laksanakan demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Dalam mengeratka­n lagi hubungan baik pegawai serta kakitangan UPPM Lamag, Abu Bakar telah mendahului sesi suai kenal dengan diikuti Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Lamag Rozamsah Ismail dan Penyelia Kemajuan Masyarakat Shopian Nasir.

Tiga Pemaju Mukim, Azman Tinan (Buang Sayang), Jainol Abidin Ahmad (Kota Kinabatang­an) dan Zalinah Zalmi Wong (Bukit Garam); Jumaidin Lakalla (Pemaju Masyarakat); Siti Nornizah Ali (Pembantu Tadbir); Sunartih Bakri (Pembantu Operasi); dan Mohd Afif Jibrah (Pembantu Operasi).

Abu Bakar berkata, agenda taklimat mesyuarat itu adalah fokus kepada senarai tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB: Abu Bakar (lima kanan), Rozamsah (lima kiri) dan Shopian (empat kanan) bergambar bersama kakitangan UPPM Lamag.
TANGGUNGJA­WAB: Abu Bakar (lima kanan), Rozamsah (lima kiri) dan Shopian (empat kanan) bergambar bersama kakitangan UPPM Lamag.
 ??  ?? MESYUARAT: Abu Bakar bersama Rozamsah dan Shopian berbincang sesuatu dengan pegawai serta kakitangan UPPM Lamag.
MESYUARAT: Abu Bakar bersama Rozamsah dan Shopian berbincang sesuatu dengan pegawai serta kakitangan UPPM Lamag.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia